Pasar Raya Aeon Di Mid Valley Terbakar, Seorang Wanita Cedera Dan Tak Sedarkan Diri

Wanita itu dikatakan pengsan dan darah tidak berhenti keluar dari mulutnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Tepat pada jam 8.20 malam semalam, pengunjung Mid Valley telah dikejutkan dengan bunyi loceng kebakaran dan bau asap

Image via Kosmo Online

Ramai pengunjung yang panik akibat dari kepulan asap yang tebal itu malah seorang wanita dipercayai telah jatuh pengsan

Image via

Berikutan dari asap yang tebal, orang ramai telah diminta untuk mengosongkan kawasan itu, termasuklah semua pengunjung yang berada di pasaraya Aeon.

Menurut sumber dari seorang pengguna Facebook, [Lee](https://www.facebook.com/ImLeHere) , Lee, beliau memuat naik sebuah klip video yang menunjukkan seorang wanita tidak sedarkan diri. Netizen juga ramai terkejut apabila melihat sedutan video itu yang menunjukkan banyak darah keluar dari mulut wanita tersebut. Wanita itu kini berada di bawah jagaan pihak hospital, namun masih tiada berita tentang keadaannya dilaporkan.

Menurut sumber maklumat dari beberapa pihak media, kebakaran ini berlaku disebabkan oleh mesin faks yang disambar api di tingkat tiga

Namun, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Menurut kenyataan yang dibuat oleh pihak Mid Valley Megamall berbeza dengan kenyataan yang ditulis oleh pihak media. Selepas siasatan dilakukan, pihak bomba mendapati bahawa kejadian ini berlaku disebabkan oleh timbunan yang berlaku di saluran paip yang berada di tingkat dua. Mid Valley Megamall turut mengeluarkan satu kenyataan bagi mengesahkan laporan pihak bomba terbabit:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pula tragedi yang berlaku di sebuah stesen petrol pam:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: