Kebakaran Hanguskan 1,000 Rumah Tapi Masjid Darus Salam Di Sandakan, Sabah Terselamat

SubhanAllah, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Malaysia Gazette
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masjid Darus Salam di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah menjadi tumpuan ramai apabila kekal utuh walaupun kebakaran besar menghanguskan kira-kira 1,000 rumah di sekelilingnya, Ahad lalu

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian yang disifatkan antara paling dahsyat di kawasan perkampungan atas air itu, penduduk menyaksikan sendiri bagaimana api marak membaham hampir keseluruhan kawasan dalam tempoh singkat.

Namun, di tengah kemusnahan tersebut, satu perkara yang sukar dijelaskan berlaku.

Struktur Masjid Darus Salam dilaporkan langsung tidak terjejas, walaupun bangunan lain yang terletak hanya kira-kira satu meter darinya musnah sepenuhnya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Lebih mengejutkan, ada penduduk mendakwa api yang menjulang tinggi seolah-olah 'beralih arah' setiap kali menghampiri kawasan masjid berkenaan

Ketua Kampung Bahagia, Sharif Hassim Sharif Titing, berkata situasi itu benar-benar di luar jangkaan dan sukar diterima akal.

"Saya sendiri nampak api mengelilingi masjid, rumah di sekeliling semua terbakar, tetapi masjid ini tidak terjejas langsung.

"Api seolah-olah menolak keluar apabila menghampiri masjid. Kami semua yang berada di situ memang hairan, namun bersyukur kerana rumah ibadah ini masih berdiri teguh,"
katanya.

Lebih menyentuh emosi, laungan azan turut berkumandang dari masjid berkenaan ketika api masih marak.

Difahamkan, azan tersebut dilaungkan selama kira-kira 15 minit sebagai doa dan harapan agar keadaan kembali terkawal. Bagi penduduk yang menyaksikan detik tersebut, suasana cemas bertukar menjadi sayu apabila laungan "Allahu Akbar" bergema di tengah bunyi api yang mengganas.

SAYS.com
Image via Malaysia Gazette

Rakaman dron yang tular di media sosial turut menunjukkan perbezaan ketara. Kawasan sekeliling dipenuhi sisa abu dan runtuhan, manakala masjid itu berdiri teguh tanpa kerosakan jelas.

Kejadian itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, tetapi turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggapnya sebagai satu peringatan tentang kebesaran Ilahi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: