Kebakaran Besar Di Sandakan, Lebih 1,000 Rumah Atas Air Musnah & 8,000 Penduduk Terjejas
Difahamkan, bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan diberikan secepat mungkin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebakaran di penempatan air Kampung Bahagia, Sandakan telah menyebabkan lebih kurang 8,000 penduduk terjejas apabila lebih 1,000 rumah musnah
Menurut laporan di Berita Harian, Ketua Kampung Bahagia, Sharif Hashim Sharif Titing, mengatakan hampir 90% rumah di perkampungan itu terbakar.
Menurut Sharif Hashim, ini juga adalah kejadian kali ketiga yang direkodkan selepas kebakaran pada 1994 dan 2001.
Ini adalah kebakaran paling besar kerana hampir semua penduduk kehilangan kediaman.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku
"Syukur tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa. Kami berharap ada bantuan daripada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penduduk di sini," katanya.
Menurut Ketua Zon 6 Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Jasri Ab Jal, kebakaran itu hanya dapat dikawal pada 8 pagi.
Jasri menambah, antara cabaran ketika kebakaran ini adalah kerana laluan yang sempit serta kenderaan yang menghalang pergerakan jentera penyelamat.

"Struktur rumah dibina rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.
"Ia ditambah angin kuat yang mempercepatkan lagi kebakaran," kata Jasri.
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi juga diaktifkan sebagai Pusat Permindahan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa kebakaran.
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan, Datuk Walter Kenson, mengatakan PPS diaktifkan selepas pemeriksaan mendapati kampung itu tidak dapat didiami dan tidak selamat buat masa ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi kenyataan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin kepada mangsa kebakaran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 