KDN Sahkan Kelulusan Kewarganegaraan 7 Pemain Warisan Diberi Mengikut Jalur Naturalisasi

Difahamkan, 7 pemain tersebut mengikut jalur naturalisasi yang betul

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & theaseanball
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan tujuh pemain daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengikut jalur naturalisasi

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri KDN mengatakan tujuh pemain itu sudah termasuk dalam senarai 23 pemain yang pernah diluluskan sepanjang perkhidmatannya.

Menurut laporan di Sinar Harian, menurut beliau keputusan ini dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan untuk menjadi warganegara yang datang daripada kerakyatan asing.

SAYS.com
Image via theaseanball

"Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kerajaan mempertimbang dan memproses keputusan tentang warganegara," tambahnya lagi.

"Isu ini berbangkit kerana tindakan yang diambil oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas pemain bolasepak Harimau Malaya," kata beliau.

Kejadian ini bakal memberi kesan besar terhadap kempen kelayakan Piala Asia 2027 dimana Kofederasi Bolasepak Asia (AFC) berkemungkinan besar keputusan perlawanan Malaysia akan dibatalkan dan mata kemenangan diserahkan kepad apasukan lawan jika hukuman FIFA dikekalkan.

Tiga rukun digunakan untuk keputusan ini

Menurut beliau lagi, tiga rukun digunakan untuk membuat keputusan iaitu pemohon itu sendiri mesti memohon dan tidak boleh melalui ejen.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah menggunakan perkhidmatan ejen.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Pemohon juga perlu bermastautin di Malaysia dalam satu tempoh, berkelakuan baik dan pemahaman terhadap Bahasa Malaysia yang mencukupi.

Perkara ini telah diberitahu beliau ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Persidangan Dewan Rakyat.

Walaupun demikian, tiga rukun itu sahaja tidak mencukup kerana permohonan perlu diproses mengikut Kaedah-Kaedah Warganegara 1964 untuk keperluan mengisi Borang C.

Mana-mana satu daripada syarat yang FIFA telah tetapkan perlu dipatuhi untuk seseorang pemain itu layak mewakili negara dan berdaftar dengan FIFA.

Tambah beliau lagi, urusan memastikan pemain itu layak mewakili negara dan berdaftar dengan FIFA adalah urusan FAM.

FAM telah diberikan tempoh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran denda dan tiga hari untuk mengemukakan notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: