‘Kasut Bomba’ Milik Nga Kor Ming Raih Perhatian, Nampak Mewah Tapi Sebenarnya Buatan Malaysia

Dijual pada harga kira-kira RM200, kasut terbabit direka oleh siswazah kejuruteraan UiTM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ng Seksan (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasang kasut diperbuat daripada kulit berkilat dengan jahitan kemas dan rekaan yang biasanya dikaitkan dengan jenama fesyen Eropah terutamanya dari Itali, yang dipakai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini mencuri perhatian seorang arkitek landskap terkenal Ng Sek San

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Sek San di Facebook, beliau sedang bersarapan di sebuah kedai kopi ketika ternampak Nga yang kebetulan sedang menggayakan kasut berkenaan.

Sek San menyangka kasut itu pastinya mahal dan berjenama luar negara namun ternyata sangkaannya meleset.

SAYS.com
Image via Ng Seksan (Facebook)

"Beliau (Kor Ming) pastinya terdengar perbualan saya dan rakan) mengenai kasutnya di meja sebelah. Saya mengatakan bahawa beliau sedang memakai kasut kulit berjenama Itali yang mahal.

"Apabila beliau melintasi saya, beliau berhenti dan membuka kasutnya untuk membuktikan bahawa ia adalah jenama tempatan Malaysia bernama Footlink," kongsinya.

Jelas Kor Ming, kasut itu turut dikenali sebagai 'kasut bomba' kerana banyak digunakan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Dijual pada harga kira-kira RM200, kasut tersebut direka oleh lepasan kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain dianggap sebagai 'kasut perubatan' dan dijual oleh institusi penjagaan kesihatan seperti Institut Jantung Negara (IJN).

Kor Ming kemudian menjelaskan bahawa beliau telah memakai kasut itu sejak 2023 untuk menunjukkan sokongannya terhadap produk buatan tempatan serta petugas bomba dan penyelamat di bawah kementeriannya.

SAYS.com
Image via Ng Seksan (Facebook)

"Kerajaan MADANI menetapkan dasar untuk membeli produk yang bukan sahaja 'dibuat di Malaysia' tetapi juga 'dibuat oleh Malaysia'.

"Saya mempamerkan kepimpinan melalui teladan bagi mempromosikan produk tempatan dan menunjukkan solidariti dengan anggota bomba kita sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan media kepada Bernama.

Kor Ming berharap usahanya itu akan membantu mempromosikan produk tempatan yang berkualiti dan memberikan inspirasi untuk lebih ramai orang menghargai inovasi Malaysia.

"Kualiti kasut itu sangat bagus dan harganya mampu milik sekitar RM200," ujarnya.

Lihat posting penuh Sek San yang tular di bawah:

SAYS.com
Image via Ng Seksan (Facebook)

Hasil carian admin di platform Shopee, harga sepasang kasut itu berharga RM199

SAYS.com
Image via Shopee Mall

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik