Kanak-Kanak Lelaki Rusia Maut Disengat Box Jellyfish Di Pantai Cenang, Langkawi
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.46 pagi semalam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai disengat ubur-ubur kotak atau box jellyfish ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu
Menerusi laporan Harian Metro, mangsa, Vladimir Iakubanets yang berusia dua tahun, dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan susulan insiden berkenaan.
Namun, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9.46 pagi semalam.
Menurut bapanya, Nikita, 32, anak mereka mengalami komplikasi serius akibat sengatan haiwan laut beracun itu.
"Dalam kejadian Sabtu lalu, ketika mandi di kawasan air cetek, tiba-tiba dia menjerit kesakitan. Isteri saya terus mengangkatnya, serahkan kepada saya dan kami bawa dia naik ke pantai.
"Dalam beberapa saat saja, dia berhenti bernafas. Saya cuba buat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) secepat mungkin. Ada pelancong lain datang membantu dan bawa kami kepada penyelamat pantai.
"Mereka hanya cuci luka dengan cuka sebelum hantar ke klinik dan kemudian ke hospital," katanya.

Tidak ambil tindakan undang-undang, harap jadi peringatan pada pengunjung
Nikita dari Khabarovsk, Rusia, mengesahkan bahawa pasukan perubatan di Langkawi dan Alor Setar telah melaksanakan usaha terbaik untuk menyelamatkan anaknya, Vladimir.
Meskipun berdepan tragedi tersebut, Nikita menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Sebaliknya, mereka berharap insiden yang menimpa anak mereka dapat menjadi peringatan serius kepada semua pengunjung mengenai bahaya sengatan ubur-ubur.
"Kami percaya kejadian menimpa Vladimir adalah untuk selamatkan orang lain, untuk elakkan tragedi sama berulang.
"Vladimir sangat baik dan bijak, kami keluarga yang bahagia," katanya dalam nada sebak.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Tunas HijauIsterinya, Olga (32 tahun), menambah bahawa mereka ingin pemergian kanak-kanak itu membawa makna yang mendalam, memandangkan Vladimir dikenali sejak kecil sebagai anak yang gemar membantu orang lain.
"Dia wira kami… malaikat kecil kami. Setiap hari kami beritahu kami sayang dia dan dia selalu balas dia sayang kami," katanya.
Pasangan itu kini merancang untuk membawa pulang abu Vladimir ke Rusia setelah semua proses pembakaran mayat diselesaikan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 