Kanak-Kanak Beri Duit Raya Buat PMX Tersentuh, Rezeki Dapat Sumbangan Tanda Penghargaan

Awh, comel je bagi PMX duit raya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anwar Ibrahim (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular kisah dua beradik, Uwais dan Aesha yang tanpa disangka-sangka menghulurkan duit raya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Tindakan spontan penuh ikhlas itu bukan saja mencuri perhatian, malah turut menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, PMX memaklumkan beliau sendiri tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh dua kanak-kanak tersebut.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Tidak menunggu lama, beliau terus mengarahkan satu pasukan untuk turun menyantuni Uwais dan Aesha bersama keluarga mereka

Apa yang lebih menyentuh hati, kunjungan itu bukan sekadar ziarah biasa. Ia hadir bersama sumbangan sebagai tanda penghargaan terhadap keikhlasan yang dipamerkan oleh mereka berdua.

"Hari ini, saya mengarahkan pasukan untuk turun menyantuni anak-anak ini serta keluarga mereka, sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan yang tidak ternilai.

"Sumbangan kecil ini bukan sekadar hadiah, sebaliknya tanda kasih dan dorongan agar mereka terus tekun menuntut ilmu, membina masa depan yang lebih baik, dan kelak menjadi kebanggaan keluarga serta negara,"
katanya.

SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)
SAYS.com
Image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via