Kanak-Kanak 7 Tahun Terselamat Dari Cubaan Dibunuh Ibu Sendiri, Masih Trauma & Dirawat

Ibunya juga meninggalkan nota bersama MyKad dan MyKid dua anaknya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terselamat apabila cuba digantung oleh ibunya di rumah mereka

Kejadian berlaku pada jam 11:05 malam kelmarin, mangsa terselamat selepas kain ikatan di lehernya terlucut ketika ditolak oleh ibunya dari tangga aluminium.

Bagaimanapun, ibunya telah ditemui tergantung dan adik perempuannya yang berusia empat tahun ditemukan mati di atas tilam di dalam bilik, dipercayai telah dibunuh oleh ibunya sebelum itu.

Menurut laporan di Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Perpaduan Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad, berkata Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mendapatkan maklumat melalui pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Hospital Kulim mengenai waris kanak-kanak itu.

Kanak-kanak 7 tahun itu kini trauma dan masih menerima rawatan

Bapa kandung kanak-kanak itu berjaya dikesan dan dia mengesahkan anaknya masih trauma.

Menurut Halimation Shaadiah, bapa kandung kanak-kanak itu sedia menjaga anaknya selepas dibenarkan keluar dari hospital.

"Dia adalah murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Paya Besar, Kulim." tambahnya lagi.

Ibu itu juga telah meninggalkan MyKad dan MyKid anaknya beserta nota yang dilekatkan di akuarium dalam rumahnya.

Polis mengesahkan kejadian itu sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: