Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dibaham Buaya Ketika Menjala, Seorang Lagi Lelaki Masih Hilang Di Samarahan
Difahamkan, mangsa dilaporkan berada bersendirian di dalam perahu ketika kejadian berlaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu tragedi menyayat hati berlaku pagi tadi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas disambar buaya ketika sedang menjala di Sungai Kampung Empila, Samarahan, Sarawak
Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, 12, dilaporkan berada bersendirian di dalam perahu ketika kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.53 pagi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar Harian"Berdasarkan maklumat awal daripada seorang lelaki iaitu saksi kejadian, kanak-kanak itu sedang menebar jala dari atas perahu pada jarak kira-kira 10 meter dari bot saksi yang ketika itu sedang memancing.
"Lelaki itu mendengar mangsa menjerit dan apabila dia menoleh ke arah suara itu, didapati mangsa hilang daripada pandangan," katanya.
Tidak lama selepas itu, pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir dia dilihat
"Anggota bomba yang melakukan pencarian berjaya menemui mayat mangsa di lokasi kira-kira 10 meter dari tempat terakhir dia dilihat. Pemeriksaan awal menemui kesan kecederaan akibat gigitan buaya pada badan dan dada mangsa," katanya.
Mayat Arif kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian berasingan, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di kawasan Kampung Lubok Punggor, Samarahan, masih giat dijalankan.
Mangsa, Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, keluar menjala udang bersama ahli keluarganya pada pagi Isnin lalu sebelum dilaporkan diserang buaya kira-kira jam 4 petang.
Sehingga hari ini, pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian di kawasan sungai tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 