“Kami Akan Belajar Rajin-Rajin, Ayah” – 3 Beradik Di Rumah Kebajikan Janji Balas Pengorbanan Bapa

"Apabila kami dewasa nanti, kami mahu membantu ayah dan meringankan bebannya," kata anak sulung itu dengan penuh tekad.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Kosmo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga beradik yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Teluk Intan, Perak, berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi membalas kasih sayang dan pengorbanan ayah mereka

Sebelum ini, dilaporkan seorang pemandu lori berusia 40 tahun, Huang Guowei, yang juga bapa tunggal, terpaksa membuat keputusan berat menghantar tiga anaknya berusia lima, tujuh dan sembilan tahun ke Pusat Jagaan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz Teluk Intan akibat kesempitan hidup.

Dengan pendapatan sekitar RM2,600 sebulan, Huang mengakui semakin sukar menampung perbelanjaan dan menyediakan keperluan untuk anak-anaknya.

Pada 13 Oktober lalu, beliau membawa mereka ke pusat jagaan itu bagi memastikan anak-anaknya mendapat penjagaan sewajarnya dan dapat meneruskan pendidikan dengan lebih baik.

SAYS.com

Lelaki itu terpaksa membuat keputusan berat dengan menempatkan tiga anaknya di Pusat Jagaan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz Teluk Intan.

Image via Sinar Harian

Anak sulung kepada lelaki berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Xuan, berkata dia dan dua adiknya tidak berasa sedih, sebaliknya bersyukur kerana ditempatkan di rumah kebajikan berkenaan

"Di sini kami ada kawan baharu dan boleh buat aktiviti bersama seperti belajar. Paling penting, saya dan dua adik tidak dipisahkan.

"Bila besar nanti, kami nak bantu ayah dan ringankan beban dia. Sebab itu kami nak belajar bersungguh-sungguh dan masuk universiti supaya dapat kerja yang baik," katanya kepada Kosmo! pada Ahad, 19 Oktober.

Pengerusi Pusat Jagaan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jaz Teluk Intan, Kong Sun Chin, berkata tiga beradik itu kini menyesuaikan diri dengan baik di rumah kebajikan berkenaan

Menurutnya, seperti dilaporkan Sin Chew Daily, kanak-kanak itu tidak menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri kerana berperwatakan baik serta pernah tinggal di sebuah pusat jagaan lain di Kuala Lumpur sebelum ini.

"Tetapi apabila bapa mereka tidak lagi mampu membayar yuran di sana, dia membawa anak-anaknya ke sini selepas mengetahui tentang pusat jagaan kami. Kebetulan, bapa kanak-kanak itu memang berasal dari Teluk Intan.

"Kami menerima permintaan untuk menjaga anak-anaknya tanpa sebarang bayaran, mengambil kira kesukaran hidup yang dihadapinya ketika ini," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Kong turut menjelaskan bahawa bapa kepada tiga beradik itu bebas untuk melawat atau membawa pulang anak-anaknya pada bila-bila masa

Dia berkata, pusat jagaan yang diketuainya kini menempatkan seramai 43 penghuni terdiri daripada anak yatim serta kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Ditubuhkan pada tahun 2009, pusat itu pada awalnya beroperasi menggunakan dana sendiri sebelum menerima sumbangan orang ramai serta geran daripada agensi kerajaan.

"Kami menghantar anak-anak di sini ke sekolah dan turut menyediakan kelas tuisyen bagi membantu mereka cemerlang dalam pelajaran. Ramai antara mereka yang pernah tinggal di sini berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, malah ada yang sedang menyambung ke peringkat Sarjana," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: