Kamal Adli Nafi Dakwaan Belasah Uqasha – “Saya Berani Junjung Al-Quran, Tak Pernah Pukul Isteri”

Kamal berkata, tuduhan yang dilemparkan isterinya itu adalah satu fitnah dan amat mengejutkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Kamal Adli tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Uqasha Senrose dengan menyatakan kesediaan untuk bersumpah menjunjung Al-Quran bagi membersihkan namanya

Menurut laporan Kosmo!, Kamal, atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata tuduhan yang dilemparkan isterinya itu adalah satu fitnah dan amat mengejutkan memandangkan dakwaan tersebut hanya dibangkitkan selepas empat tahun usia perkahwinan mereka.

Menurutnya, dia tidak pernah memukul atau mencederakan Uqasha sepanjang tempoh perkahwinan dan tidak gentar sekiranya perkara itu ingin dibawa ke pihak berkuasa.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Saya tak tumbuk dia, saya dah biasa. Dah agak benda ini 'game' (tuduhan). Demi Allah, saya berani junjung Quran, saya tak pernah pukul, tak tarik rambut isteri saya. Demi Allah saya berani junjung, letak atas nama mak ayah saya.

"Kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Ya Allah, saya tak takut pun. Lapor polis atau apa sebab saya tak pukul. Tak apalah, saya tak kisah orang nak fitnah, sebab dia masih isteri saya,"
katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata dia masih berusaha menjaga aib rumah tangga selagi Uqasha masih berstatus isterinya, walaupun mengakui tuduhan yang dilemparkan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang suami

"Dia isteri saya, dia orang yang saya kahwin atas dasar cinta, secara paksaan. Saya masih tak buka lagi apa-apa fasal isteri, cukup hanya saya yang simpan.

"Tapi saya rasa (sekarang) terlalu melampau. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal sebegitu. Pada akhirnya kalau prosedur ini tiada persetujuan, insya-Allah akan putus juga
.

"Sejujurnya banyak perkara yang disimpan dan dipendam. Pergi jumpa orang ini, cerita itu ini, buka (cerita) buruk saya kat sini. Menjatuhkan maruah saya. Orang cakap, itu datang daripada mulut isteri saya sendiri.

"Bila saya cakap depan-depan, dia cakap bukan daripada dia. Bila peminat atau sesiapa, dia boleh balas dan boleh burukkan saya? Saya tak pernah cakap apa dan saya diam,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Tambah Kamal, kehadirannya ke mahkamah bukan untuk membuka keburukan isteri, sebaliknya demi mempertahankan rumah tangga dan masa depan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira

"Semua ini demi Hawra. Saya duduk dengan dia, saya tengok dia dan saya tahu saya tak nak dia ada 'broken family', itu sahaja. Saya tiada isu pun.

"Hal-hal fasal kami bergaduh semula ini, kami sudah bersemuka depan mata dengan keluarga masing-masing dan tak nak buat dah. Tapi saya sabar saja.

"Cuma hari ini saya rasa saya kena tegas bukan main-main. Saya datang sini saya nak pertahankan rumah tangga. Saya tak burukkan dia pun,"
katanya.

Terdahulu, Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu, dan kedua-duanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini bagi menjalani prosiding Jawatankuasa Pendamai.

SAYS.com
Image via mStar

Lihat video di bawah:

@utusanmelayuplusofficial

Replying to @timz2103 Ini reaksi balas Kamal Adli mengenai dakwaan dera terhadap Uqasha. 📹 Amirul Fahmi | UM+. #cerai #uqashasenrose #kamaladli #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik