“Kalau Apa-Apa Berlaku, Adik Ganti Tempat Saya” – Pesanan Syahdu Zizi Kirana Buat Ramai Sebak

Semoga Zizi dan semua delegasi lain selamat tiba di Gaza dan selamat pulang ke tanah air tak lama lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @zizi_kirana (Instagram)
Logo

Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh emosi kepada adiknya, Nurul Nazielah, sebelum memasuki kawasan berisiko tinggi dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza

Dalam hantaran di InstaStory, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, berkongsi bahawa adiknya itu akan menggantikan peranannya sebagai kakak sulung andai sesuatu yang tidak diingini berlaku sepanjang misi.

SAYS.com
Image via @zizi_kirana (Instagram)

"Ini adik perempuan saya nombor dua selepas saya. Jika apa-apa berlaku pada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.

"Kakak Ela (nama panggilan), terima kasih untuk kasih sayang dari kecil kita sama-sama, tak pernah gaduh, tak boleh berpisah. Kalau berpisah sekejap mesti nangis.

"Saya tahu awak wanita kuat walaupun kadangkala awak sedikit beremosi. Jaga diri awak baik-baik dan famili kita. Jadi contoh yang baik untuk adik-adik kita yang lain.

"Tolong jaga ibu serta adik-beradik kita, berikan mereka kasih sayang yang melimpah ruah. Semoga Allah sentiasa melindungi awak semua. Sayang kamu Kakak Ela,"
tulisnya.

Zizi yang juga isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin bersama sukarelawan dari 45 negara kini sudah memasuki zon kuning, iaitu jarak sekitar 300 batu nautika dari Gaza

SAYS.com
Image via @zizi_kirana (Instagram)

Misi tersebut disertai 54 kapal layar dan bot yang membawa bantuan kemanusiaan. Namun, laluan tersebut penuh cabaran kerana sering dipantau dron dipercayai milik tentera Israel.

Menerusi perkongsian lain, Zizi memaklumkan bahawa sukarelawan kini sedang memunggah barang bantuan sebelum memasuki zon merah, iaitu kawasan paling berisiko tinggi.

Selain Zizi, 34 wakil Malaysia turut bersama dalam konvoi ini termasuk penyanyi Ardell Aryana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, serta pempengaruh Farah Lee.

Difahamkan, salah seorang sukarelawan dari Turkiye memaklumkan bahawa sebuah kapal Israel berada hanya 50 batu nautika dari flotila mereka pada malam tadi, sekali gus membuatkan semua delegasi lebih berhati-hati dengan kemungkinan dipintas.

"Harini tak sempat lagi tidur lepas shift semalam, sebab ada meeting untuk persiapan terakhir kami, kemudian ada live meeting dengan PMX MasyaAllah TabarakAllah.

"Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia yang tak putus2 memberikan naungan dan sokongan pada Sumud Nusantara 🙏🏻🤍Dan skg ,masa untuk kami packing2 barang. siapkan apa yang perlu sebab semua tak sabar nak jumpa saudara2 di Gaza. InsyaAllah,"
tulisnya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: