Kajian Mendapati 82% Wanita Malaysia Terpaksa Mengubah Tingkah Laku Atas Kerisauan Faktor Keselamatan
Difahamkan, 8 dari 10 wanita Malaysia mengubah tingkah laku kehidupan seharian mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Wanita Malaysia dilaporkan mempunyai peratusan paling tinggi dalam mengubah tingkah laku
Perubahan tingkah laku ini dibuat atas faktor keselamatan, dan wanita Malaysia mempunyai tabiat mengubah tingkah laku jauh lebih tinggi berbanding enam bandar Asia Tenggara yang lain.
Berbanding dengan Singapura, Bangkok, Hanoi, Jakarta, Kuala Lumpur dan Manila, wanita Malaysia perlu mengubah rutin harian, kehidupan, perjalanan dan penjagaan diri kerana merisaukan keselamatan mereka.
Menurut laporan daripada The Star, kajian ini dilakukan oleh Milieu Insight dan telah mengambil data daripada 3,000 wanita dari setiap bandar.
Lapan dari 10 Wanita Malaysia perlu mengubah rutin untuk rasa lebih selamat
"Keselamatan sangat berkait dengan peluang pekerjaan, kebebasan sosial dan kehidupan atas talian," menurut Milieu Insight.
Walaupun majoriti wanita Malaysia berasa selamat, tetapi skala perubahan adaptasi perangai lebih tinggi mengikut tempat tinggal, ke mana mereka pergi, bila keluar berjalan, dan bagaimana mereka mempersembahkan diri sendiri.

Gambar sekadar hiasan
Image via Berita HarianSemua sebab-sebab yang direkod ini berkaitan dengan kerisauan faktor keselamatan.
"Keselamatan bukan hanya perasaan, ia telah mengubah kebebasan seharian," ujar kenyataan Milieu Insight.
82% ini adalah lebih tinggi daripada negara-negara Asia Tenggara lain dan lebih tinggi daripada Singapura yang hanya mempunyai 40% sahaja.
Wanita merasakan kehidupan seharian mereka boleh menjadi tidak selamat
Dalam kajian tersebut, 13% wanita merasakan 'kurang selamat' atau 'tidak selamat' dalam kehidupan seharian mereka.
"Menurut kajian kami, 49% merasakan kerisauan keselamatan akan mengehadkan peluang karier, 41% berkait dengan jangkaan sosial orang ramai yang menjadi penghalang dan 39% mengatakan tiada pilihan pekerjaan fleksibel," katanya.

Gambar sekadar hiasan
Image via Berita HarianIsu ini juga menjadi lebih tinggi apabila 47% mengatakan mereka pernah diganggu di atas talian sejak 12 bulan ini.
Milieu Insight juga mengatakan persepti wanita terhadap keselamatan berubah-ubah mengikut tempat tinggal. Wanita Singapura paling tinggi melaporkan mereka berasa 'sangat selamat'.
Untuk laporan dari kesemua kawasan Asia Tenggara, 31% merasakan mereka mahu menutup terus laman media sosial mereka.
Ketua Pegawai Esekutif Milieu Insight Cindy Pang mengatakan di antara kesemua ibu negara di Asia Tenggara, ramai wanita berasa selamat kerana mereka telah mempelajari cara untuk mengelak risiko, tetapi itu bukanlah kebebasan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 