Kajian Antarabangsa Dedah Rakyat Malaysia Antara Paling Kurang Tidur, Ini Puncanya

Difahamkan, trend tidur kurang dari lima jam kini semakin membimbangkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via ERA & Global Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, satu laporan antarabangsa mendedahkan keadaan tidur masyarakat dunia yang agak membimbangkan, termasuk rakyat Malaysia

Menurut laporan World Sleep Trends 2023, negara-negara Scandinavia seperti Belanda, Denmark dan Sweden mendahului carta dengan lebih 75% rakyat mereka tidur 7 hingga 9 jam setiap malam, iaitu tempoh tidur yang disarankan pakar kesihatan.

Sebaliknya, negara-negara di Asia dan Timur Tengah mencatatkan peratusan yang jauh lebih rendah. Qatar berada di kedudukan paling bawah dengan hanya 42% rakyat mendapat tidur yang cukup.

Diikuti Iran dan Korea Selatan yang terkenal dengan budaya kerja ekstrem dan tekanan urbanisasi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mingguan Wanita

Malaysia jauh ketinggalan dalam tidur berkualiti

Data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia juga tidak berada dalam kategori tidur berkualiti, khususnya dalam kumpulan long sleeper, iaitu mereka yang tidur lebih 10 jam setiap malam.

Hanya 2.97% rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini, menjadikan Malaysia antara yang terendah di dunia.

Fenomena ini menggambarkan bahawa ramai rakyat Malaysia menghadapi defisit tidur kronik, yang mungkin berpunca daripada beban kerja yang tinggi, tekanan hidup di bandar, serta gaya hidup yang terlalu sibuk dan penuh dengan aktiviti harian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via CNBC Indonesia

Trend tidur kurang dari lima jam semakin membimbangkan

Selain itu, rantau Asia juga mencatatkan peningkatan dalam fenomena short sleeper, iaitu mereka yang tidur kurang daripada 5 jam sehari.

Negara seperti Korea Selatan, Jepun dan Vietnam menunjukkan angka yang tinggi dalam kategori ini. Malaysia mungkin berisiko menuju ke arah yang sama sekiranya budaya kerja yang panjang dan tekanan kehidupan moden tidak dibendung.

Tambahan lagi, Malaysia berada di zon kelabu, iaitu bekerja dalam tempoh yang panjang tetapi masih tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Walaupun Malaysia belum berada pada tahap kritikal seperti Korea Selatan atau Jepun, trend tidur tidak mencukupi semakin membimbangkan. Jika tiada perubahan dalam budaya kerja dan gaya hidup, rakyat Malaysia mungkin berdepan masalah kesihatan yang lebih serius di masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: