KA Tak Kisah Customer ‘Cancel’ Beli Rendang Nyet Berapi Sebab Tak Menang Pergi NZ

Menurut KA, giveaway itu dibuat sebagai hadiah untuk para pengikut setianya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil menjelaskan isu segelintir pelanggannya yang membatalkan pembelian Rendang Nyet Berapi baru-baru ini

Difahamkan, ada customer yang cancel order gara-gara tidak berjaya memenangi giveaway ke New Zealand. Menerusi IG storynya, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA berkata, dia tidak kisah perkara sebegitu berlaku dan menganggapnya normal dalam bisnes.

"Ramai ke yang cancel order? Sebenarnya tak, sikit sahaja. And benda ni normal sebenarnya setiap kali launching. Semua sellers hadap benda sama. In fact, ramai yang dah dapat dah parcel dari semalam. Alhamdulillah banyak sangat review positive kita dapat untuk rendang ni," katanya.

SAYS.com
Image via @khairulaming (Instagram)

"Mereka tak rugi, saya pun tak rugi" – KA

Menurut KA lagi, giveaway itu dibuat sebagai hadiah untuk followersnya.

"Kalau ada yang cancel order sebab tak menang giveaway, KA okay je dia buat macam tu. Sebab maybe dia nak guna duit tu untuk benda lain yang lagi penting.

"Giveaway ni KA buat sebagai hadiah untuk followers KA. Kalau sebab nak sold out laju, KA akan suruh byr guna e-wallet atau credit card lagi lah laju. Tapi KA suruh guna online banking sebab nak verify yang pemenang tu adalah dari anda semua yang menyokong KA, bukannya dari scalpers atau scammers.

"And macam KA cakap sebelum ni, betulkan niat nak membeli. Tapi kalau ada yang nak cancel sebab perlukan duit tu, takpe boleh je cancel. Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stock tu boleh dijual balik. And now ramai yang tanya bila nak restock,"
jelasnya lagi.

SAYS.com
Image via @khairulaming (Instagram)

Dalam pada itu, KA turut berharap penjelasannya difahami semua orang memandangkan dia memasang niat untuk berniaga lama dan sangat pentingkan keberkatan berniaga, kepuasan hati pelanggan serta kualiti produk dikeluarkan.

Lihat hantaran di bawah:

SAYS.com
Image via @khairulaming (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via