Penjara Malaysia Makin Sesak Dengan 84,143 Banduan, Melebihi Kapasiti Maksimum Seramai 76,000

Seramai 84,143 kini berada dalam fasiliti penjara manakala 6,640 lagi di luar penjara bagi menjalani pemulihan dalam komuniti.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah banduan yang ditempatkan di penjara di seluruh negara kini lebih 84,000 orang, melebihi kapasiti maksimum 76,000, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Menurut laporan Harian Metro, ketika ini seramai 84,143 berada dalam fasiliti penjara manakala 6,640 lagi di luar penjara bagi menjalani pemulihan dalam komuniti.

"Kapasiti sebenar penjara adalah 76,311 orang. Ini menunjukkan berlaku kesesakan dan lebihan sebanyak 7,872 orang daripada keseluruhan kapasiti," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

SAYS.com

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Image via Bernama

Beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berhubung langkah Kementerian Dalam Negeri untuk mengurangkan kesesakan penjara akibat kesalahan dadah dan sejauh mana kementerian berkenaan bersedia menilai semula dasar sedia ada termasuk cadangan dekriminalisasi penggunaan dadah secara terkawal serta pengalihan pesalah kecil ke program pemulihan komuniti agar kitaran penjara tidak berulang.

Shamsul berkata kerajaan melalui kementeriannya sedang melaksanakan pendekatan yang menyeluruh dan berstrategi merangkumi aspek penguatkuasaan dan pemulihan bagi menangani kesesakan penjara akibat kesalahan dadah.

Penubuhan Pusat Koreksional Chenderiang, Tapah adalah satu langkah signifikan untuk mengasingkan pesalah jenayah dadah yang disabitkan di bawah Seksyen 15(1) dan Seksysn 39C Akta Dadah Berbahaya (1952)

"Pengasingan ini membolehkan pelaksanaan rawatan dan program pemulihan yang lebih fokus dan berpusat. Seterusnya, kita persiapkan banduan untuk menyertai program pemulihan dalam komuniti," katanya.

Shamsul berkata, usaha itu bukan saja dapat membantu mengurangkan kesesakan di penjara utama, malah berpotensi mengurangkan kadar pesalah berulang.

SAYS.com

Penubuhan Pusat Koreksional Chenderiang, Tapah adalah satu langkah signifikan untuk mengasingkan pesalah jenayah dadah.

Image via Raja Naim/Google

Tambah beliau lagi, inisiatif pemulihan turut dipeluaskan menerusi pelaksanaan program dalam komuniti seperti sistem parol dan pembebasan banduan secara berlesen.

"Ini adalah program yang memberi peluang kepada banduan yang layak untuk menjalani proses pemulihan di luar tembok penjara dalam persekitaraan yang terkawal dan dipantau.

"Ini selaras dengan hala tuju penjara supaya dua pertiga banduan yang layak dapat mengikuti program pemulihan komuniti dan secara langsung mengurangkan tekanan kapasiti penjara serta menyokong proses integrasi semula ke dalam masyarakat,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: