Jual Bingkai Hiasan Ayat Al-Quran Ada Kesilapan, Lelaki Warga Pakistan Didenda RM8,000

Kesalahan itu melibatkan pelbagai bingkai ayat suci dan jam dinding yang mengandungi kesilapan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini

Hukuman denda itu dikenakan selepas dia mengaku bersalah menjual bingkai hiasan yang mengandungi kesilapan ayat al-Quran, dalam kejadian yang berlaku pada Mac tahun lalu.

Menerusi laporan Bernama, majistret Nurshahida Abdul Rahim turut memerintahkan orang kena saman (OKS), Khan Mahammad Hassan, 54, yang faham dan boleh berbahasa Melayu, dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

SAYS.com
Image via Bernama

Jualan ada mengandungi kesilapan ayat al-Quran dan dijual dalam pelbagai saiz

Khan Mahammad, pemilik premis Salim Maju Jaya Enterprise, didakwa menjual 13 jam dinding nama-nama Allah dan Ayat Kursi, 14 bingkai Ayat 1,000 Dinar, 10 bingkai Ayat Kursi, sembilan bingkai Surah Empat Qul serta enam bingkai bertulis Muhammad yang kesemuanya mengandungi kesilapan ayat al-Quran dan dijual dalam pelbagai saiz.

Kesalahan itu dilakukan di premis Salim Maju Jaya Enterprise, No. 24, 26 dan 28 Taman Pertiwi Indah, Seriab, pada jam 10.15 pagi, 29 Mac 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 (Pindaan 2023) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14(2) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis, Muhd Khairuddin Yusoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: