JPN Gesa Rakyat Malaysia Henti Buang Bayi, Pilih Jalan Sah Seperti Pengambilan Anak Angkat
Kesian bayi yang tak berdosa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyeru orang ramai agar menghentikan perbuatan membuang bayi dan sebaliknya menggunakan saluran yang sah seperti penjagaan sementara (foster care) atau pengambilan anak angkat sekiranya berdepan kesukaran untuk membesarkan anak
Menerusi satu kenyataan di Threads, JPN menegaskan bahawa ramai mungkin tidak menyedari bagaimana satu keputusan, terutamanya ketika dalam keadaan terdesak, mampu memberi kesan besar terhadap masa depan seorang kanak-kanak.
Menurut mereka, bayi tidak sepatutnya ditinggalkan dalam apa jua keadaan. JPN turut menekankan kepentingan mendaftarkan kelahiran anak sebagai langkah paling asas yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.
"Jika benar tidak mampu untuk membesarkan, masih ada jalan yang betul dan sah melalui proses penjagaan atau anak angkat," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Nathan Dumlao/UnsplashTanpa pendaftaran yang sah, seseorang kanak-kanak mungkin tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia, sekali gus menjejaskan akses mereka kepada hak asas, perlindungan undang-undang, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
Bagi mereka yang benar-benar tidak mampu menjaga anak, JPN menjelaskan bahawa terdapat alternatif yang sah dan lebih selamat

Antaranya termasuk menyerahkan anak kepada penjagaan sementara atau melalui proses pengambilan anak angkat secara sah, bagi memastikan bayi tersebut membesar dalam persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang.
Tambah JPN. proses ini boleh dipermudahkan melalui akuan bersumpah, di mana ibu kandung menyerahkan anak kepada ibu bapa angkat secara rasmi.
Dokumentasi ini penting bagi melancarkan proses pengambilan anak angkat serta melindungi kebajikan kanak-kanak tersebut.
"Setiap anak yang dilahirkan adalah tidak berdosa, tanpa mengira keadaan. Mereka berhak untuk hidup, dilindungi dan diberi peluang membina masa depan," jelasnya.

Lihat hantaran di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 