JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Yang Tertunggak Mulai 1 November Sehingga 30 Disember 2025

Diskaun berkenaan terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT Malaysia & Wilayahku
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna jalan raya diberi tempoh dua bulan untuk menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan diskaun 50% bermula 1 November hingga 30 Disember ini

Menurut laporan FMT Malaysia, Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, berkata diskaun itu terpakai untuk semua jenis saman, kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Beliau berkata, orang ramai masih mempunyai saman tertunggak diminta mengambil peluang itu dengan melakukan pembayaran di kaunter JPJ atau saluran pembayaran disediakan.

SAYS.com

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli

Image via Berita Harian

"Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50% mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.

"Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman, kecuali saman yang tidak boleh dikompaun, iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.

"Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Jan 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan kepada umum, termasuklah saman JPJ dan saman polis,"
katanya.

JPJ laksana 'Op Perang Lebih Muatan' bermula 14 Oktober hingga 31 Disember ini

Sementara itu, Aedy Fadly berkata, JPJ kini sedang melaksanakan Op Perang Lebih Muatan bermula 14 Oktober hingga 31 Disember ini bagi membanteras isu kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Beliau berkata, setakat hari ini, 27,300 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,017 dikesan membawa barangan melebihi muatan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Harian

"Sebanyak 1,696 pemandu dan pemilik kenderaan disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (P22), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, manakala sebanyak 96 lori turut disita.

"Kebanyakan kenderaan ini kita sasarkan yang bawa muatan seperti batu, kerikil, besi dan sebagainya. Itu sasaran kita sebab kita ada 'hotspot' seperti kuari atau kilang besi, tempat kenderaan ini keluar," ujarnya.

Jelas Aedy Fadly lagi, JPJ sentiasa komited untuk mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, infrastruktur awam terpelihara serta tahap pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan terus dipertingkatkan. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: