JPJ Melaka Sita Kenderaan Mewah, Pakai Vellfire Tapi Tipu Guna Nombor Plat Kancil
Hasil semakan mendapati nombor plat yang tertera pada Vellfire itu sebenarnya didaftarkan pada sebuah Perodua Kancil.
Cover image via Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah Toyota Vellfire menjadi tumpuan selepas disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka apabila didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu milik sebuah Perodua Kancil
Menurut kenyataan JPJ Melaka di laman Facebook, kenderaan mewah tersebut ditahan di sekitar daerah Melaka selepas pemeriksaan rutin dijalankan ke atas seorang pemandu lelaki tempatan.

Hasil semakan mendapati nombor plat yang tertera pada Vellfire itu sebenarnya didaftarkan pada sebuah Perodua Kancil.
Perbuatan menukar identiti kenderaan sebegini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengundang risiko keselamatan serta menyukarkan proses penguatkuasaan.
Tidak ada insurans & LKM tamat tempoh
Kesalahan pemandu tersebut tidak berhenti di situ. Pemeriksaan lanjut oleh JPJ mendapati kenderaan tidak mempunyai insurans sah dan lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh.
Gabungan kesalahan itu menjadikan situasi lebih serius kerana kenderaan tanpa insurans dan LKM bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi tidak layak berada di atas jalan raya.

"JPJ Negeri Melaka ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan jalan raya, termasuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



