JPJ Cadang Dashcam Dipasang Dalam Semua Pengangkutan Awam, Demi Keselamatan & Bukti
Peraturan sedia ada pada masa ini hanya mewajibkan kenderaan tersebut dilengkapi dengan sistem GPS.
Cover image via Majlis Keselmatan NegaraFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang meneliti cadangan untuk mewajibkan penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) dalam semua kenderaan pengangkutan awam
Menerusi laporan Malay Mail, Penolong Pengarah (Operasi) JPJ, Mohd Alifarihan Abdullah, peraturan sedia ada ketika ini hanya menetapkan kenderaan awam perlu dilengkapi dengan sistem GPS.
Namun, langkah baharu ini bakal tambah aspek keselamatan dan pemantauan yang lebih menyeluruh.
"Lesen dan syarat bagi kenderaan awam ketika ini hanya mewajibkan pemasangan GPS sahaja. Sebab itu, cadangan mewajibkan dashcam adalah satu idea yang baik, namun buat masa ini hanya GPS yang diwajibkan," katanya.

Cadangan ini timbul susulan video tular pemandu bas dengan sekumpulan penunggang basikal
Cadangan mewajibkan dashcam timbul selepas tular satu video yang memaparkan bas pengantara MRT memandu terlalu rapat dengan sekumpulan penunggang basikal yang beriringan di jalan sempit sehingga mencetuskan kontroversi.
Susulan kejadian itu, Rapid KL telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca sebenar.
Isu tersebut turut dibangkitkan oleh salah seorang penunggang basikal yang terlibat dalam forum berkenaan, yang dimoderatkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianTurut hadir dalam panel ialah Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, ACP Khairul Azhar Ismail.
Menurut Khairul, walaupun kesalahan melibatkan penunggang basikal jarang dilaporkan kepada polis, pemandu kenderaan bermotor lebih kerap dikenakan tindakan antaranya kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau menyalahgunakan lorong jalan raya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via IntellitracKetika orang awam semakin lantang menuntut infrastruktur lebih selamat dan peraturan yang lebih jelas, beliau menegaskan pentingnya sikap tanggungjawab bersama di atas jalan raya.
"Faham hak dan peranan masing-masing. Kalau semua ikut peraturan, bukan saja penunggang basikal, malah semua pengguna jalan raya akan lebih selamat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



