JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran ‘FH 1–9999’ Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026
Difahamkan, harga bidaan ditetapkan mengikut lima kategori.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan rasmi Hari Wilayah Persekutuan 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pembukaan bidaan untuk Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda indeks siri 'FH 1 hingga FH 9999' menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Dalam Talian (JPJeBid) bermula Ahad ini
Menurut laporan Kosmo!, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, proses bidaan awam itu akan ditutup pada pukul 10 malam, Khamis depan, memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki nombor plat istimewa yang unik.
"Pengenalan nombor pendaftaran 'FH' adalah signifikan sebagai simbolik memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta menghargai peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam pembangunan negara," katanya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli
Image via Kosmo!Keputusan bidaan awam dijangka diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran ditutup, iaitu pada 6 Februari
Harga bidaan ditetapkan mengikut kategori di bawah:
– Golden (nombor bernilai utama) – minima RM20,000
– Premium – RM5,000
– Menarik – RM2,500
– Popular – RM500
– Biasa (running) – RM300

Beliau turut menegaskan bahawa bidaan tertakluk kepada terma dan syarat JPJeBid, dan mana-mana nombor yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi dikeluarkan.
Nombor siri 'FH' bukan sahaja mencerminkan status eksklusif, malah menjadi simbol penghargaan terhadap sejarah dan pembangunan Wilayah Persekutuan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai nilai sejarah dan estetika dalam pemilikan nombor plat kereta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 