JPJ Beri Amaran Subsidi Budi95 Mungkin ‘Ditarik Balik’ Jika Gagal Bayar Saman Sebelum 31 Disember

Difahamkan, JPJ dan PDRM ketika ini menawarkan diskaun saman antara 50 hingga 70 peratus sejak bulan November.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jutaan pengguna jalan raya kini semakin suntuk masa untuk menyelesaikan saman trafik tertunggak yang telah lama terbiar

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran keras bahawa sesiapa yang mengabaikan tarikh akhir penghujung tahun ini berisiko untuk disenarai hitam, berdepan tindakan mahkamah, malah boleh kehilangan kelayakan subsidi Budi95 mereka.

Menurut laporan The Star, jumlah saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang masih belum dibayar kini mencecah 4.95 juta saman dengan nilai terkumpul sebanyak RM1.48 bilion.

Selain itu, saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum diselesaikan pula menghampiri jumlah RM6.6 bilion.

Pengguna jalan raya yang gagal melunaskan pembayaran saman ini bakal menghadapi hukuman yang lebih berat daripada sekadar dilarang memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan mereka.

Subsidi petrol (Budi95) memerlukan lesen memandu yang sah oleh itu, mereka yang mengabaikan saman berpotensi untuk kehilangan kelayakan Budi95 mereka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sabah Post

JPJ dan pihak polis tawar diskaun antara 50 hingga 70 peratus sejak bulan November

Untuk menggalakkan penyelesaian saman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak polis telah menawarkan diskaun antara 50 hingga 70 peratus sejak bulan November.

Namun, tempoh amnesti ini akan berakhir pada 31 Disember ini. Mulai 1 Januari 2026, struktur baharu 'bayar cepat, bayar kurang' (pay fast, pay less) akan mula berkuat kuasa, memperkenalkan penalti yang lebih tinggi bagi pembayaran saman yang tertangguh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, mendedahkan bahawa hanya 362,230 saman bernilai RM47.85 juta telah diselesaikan oleh pengguna jalan raya antara 1 November dan Isnin lalu iaitu sekitar tujuh peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan saman.

Beliau menyatakan bahawa kira-kira 4.95 juta saman yang dikeluarkan sejak tahun 2010 masih belum berbayar.

Aedy Fadly Ramli menggesa pengguna jalan raya untuk melunaskan denda mereka sebelum tarikh akhir.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang gagal berbuat demikian akan menghadapi senarai hitam dan prosiding mahkamah, yang akan menghalang mereka daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sehingga pembayaran dibuat.

Aedy Fadly Ramli menekankan bahawa undang-undang trafik wujud untuk memastikan pemanduan yang selamat dan bertanggungjawab.

"Rasa tanggungjawab bersama di jalan raya perlu dipupuk untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. Penyelesaian saman tertunggak mengukuhkan pematuhan terhadap undang-undang trafik yang ditetapkan. Kita mesti mematuhi undang-undang trafik dalam usaha membina budaya keselamatan jalan raya yang ideal," katanya.

Beliau turut menambah bahawa pengguna jalan raya boleh melunaskan denda mereka melalui aplikasi MyJPJ, kiosk JPJ, atau dengan mengunjungi pejabat JPJ.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Generali

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Persekutuan, Yusri Hassan Basri, berkata pengguna jalan raya telah memberikan sambutan yang memberangsangkan terhadap tempoh tangguh (grace period) yang ditawarkan sejak awal bulan lalu.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang masih enggan menjelaskan saman mereka menjelang akhir tahun akan disenarai hitam dan dilarang memperbaharui cukai jalan.

"Ya, sambutan amat menggalakkan, dengan sejumlah besar pengguna jalan raya hadir setiap hari untuk membayar,"
katanya, sambil menasihati mereka yang mempunyai saman boleh kompaun untuk memanfaatkan diskaun sebelum ia berakhir pada 31 Disember.

Beliau menambah bahawa pihak polis akan menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Pengangkutan mengenai langkah seterusnya untuk pengguna jalan raya yang terlepas tarikh akhir tersebut.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa kompaun trafik yang dikeluarkan oleh JPJ dan Polis akan diseragamkan mulai 1 Januari di bawah struktur baharu berdasarkan prinsip "kurang anda tangguh, kurang anda bayar" (the less you delay, the less you pay), menggantikan kempen diskaun sedia ada.

Skim diskaun semasa telah mencetuskan lonjakan pembayaran, dengan tawaran pengurangan 50 hingga 70 peratus menjadikan kempen ini salah satu yang paling sibuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: