JPJ Akan Jual Nombor Plat Tamat Tempoh Melalui Sistem Dalam Talian ‘ebaki’

Sistem ini merupakan sebahagian daripada projek pendigitalan JPJ dan dijangka siap serta dilancarkan pada Oktober tahun depan.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang membangunkan satu sistem dalam talian baharu dikenali sebagai "ebaki" bagi membolehkan nombor pendaftaran kenderaan tamat tempoh dijual semula kepada orang ramai

Sistem ini merupakan sebahagian daripada projek pendigitalan JPJ dan dijangka siap serta dilancarkan pada Oktober tahun depan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa antara 2022 hingga 2024, JPJ berjaya mengutip hasil berjumlah RM1.648 bilion melalui penjualan nombor pendaftaran.

Image via NST

Namun, hasil tambahan sebanyak RM115.96 juta dianggarkan boleh diperoleh sekiranya nombor yang tidak aktif dan disekat turut ditawarkan semula kepada pembeli.

Setakat tahun 2024, sebanyak 375,792 nombor tamat tempoh masih belum dijual, manakala 134 nombor pendaftaran yang disekat sedang dipertimbangkan untuk dijual pada harga minimum.

Harga permulaan bagi nombor pendaftaran ditetapkan antara RM300 hingga RM20,000, bergantung kepada kategori sama ada nombor semasa, popular, menarik atau premium dengan caj perkhidmatan RM10 bagi setiap transaksi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: