JPA Umum Penjawat Awam Tidak Lagi Wajib Pakai Tali Leher Ketika Bekerja Atau Meeting

Arahan itu dinyatakan dalam Surat Edaran bertarikh 31 Oktober 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua pegawai awam tidak lagi diwajibkan memakai tali leher ketika waktu bekerja atau menghadiri mesyuarat, demikian menurut kenyataan terbaharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Perkara itu dimaklumkan menerusi Surat Edaran bertarikh 31 Oktober 2025, ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ketetapan baharu ini selaras dengan pendekatan pentadbiran Kerajaan MADANI sejak November 2022 yang menekankan suasana kerja lebih fleksibel, mesra rakyat serta inklusif tanpa mengorbankan tahap profesionalisme penjawat awam.

"Dalam mengambil kira realiti iklim tempatan serta keperluan langkah kecekapan dan penjimatan tenaga mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam tidak lagi diwajibkan memakai tali leher semasa bekerja dan ketika menghadiri mesyuarat," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Pemakaian tali leher masih diwajibkan bagi majlis rasmi tertentu 

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan menegaskan bahawa pemakaian tali leher masih diwajibkan untuk majlis rasmi tertentu, termasuk sambutan ketibaan ketua delegasi asing, serta mesyuarat, kolokium atau persidangan bertaraf antarabangsa yang melibatkan pemimpin atau pembesar luar negara.

Selain itu, kementerian atau jabatan turut diberi kuasa untuk menetapkan semula keperluan pemakaian tali leher bagi acara atau program tertentu dengan syarat perkara tersebut dinyatakan dengan jelas dalam surat atau e-mel jemputan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

JPA dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa seiring ketetapan baharu ini, kewajipan memakai tali leher sebagaimana dinyatakan dalam Perenggan A.5 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 berkaitan Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam kini tidak lagi dikuatkuasakan.

Pendekatan ini dilihat menyesuaikan tatacara pemakaian penjawat awam dengan tuntutan semasa, sambil memastikan protokol rasmi tetap terpelihara.

SAYS.com
Image via Jabatan Perkhidmatan Awam

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: