Johor Dinobat Destinasi Pelancongan Malaysia Sempena MATTA Fair 2026 – “Permata Selatan”

Banyak sebenarnya hidden gem dekat Johor ni.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negeri Johor terus mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai Destinasi Pelancongan Malaysia sempena penganjuran MATTA Fair 2026 yang bakal berlangsung dari 3 hingga 5 April depan

Menurut laporan Sinar Harian, acara promosi pelancongan terbesar negara itu akan diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dengan skala lebih besar, meliputi keluasan kira-kira 40,820 meter persegi merentasi 10 dewan pameran.

Naib Presiden (Pengangkutan Udara) Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Dr. Fazil Khan, pengiktirafan itu menonjolkan keunikan Johor sebagai destinasi yang kaya dengan budaya, warisan dan pelbagai lokasi menarik.

SAYS.com

Naib Presiden (Pengangkutan Udara) Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Dr. Fazil Khan & Ketua Pegawai Operasi Majestic Johor Tourism Sdn Bhd, Jeffri Munir

Image via Sinar Harian

Beliau berkata, negeri yang dikenali sebagai 'Permata Selatan' itu memiliki banyak tarikan termasuk lokasi hidden gem selain kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan Singapura yang memudahkan kemasukan pelancong antarabangsa.

Untuk rekod, Johor merekodkan kira-kira 25 juta pelawat asing sepanjang tahun 2025, manakala 1.91 juta pelawat direkodkan setakat Januari tahun ini

Daripada jumlah itu, sekitar 78 peratus merupakan pelawat dari Singapura, sekali gus menggambarkan hubungan perjalanan yang kukuh antara kedua-dua negara.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Operasi Majestic Johor Tourism Sdn Bhd, Jeffri Munir berkata Johor menyasarkan 12 juta pelancong dengan jangkaan pendapatan sekitar RM42 bilion, bersempena kempen Tahun Melawat Johor 2026.

Kempen itu turut mempromosikan pelbagai kawasan unik, produk tempatan serta gastronomi Johor yang terkenal.

Menariknya, kerajaan negeri juga merancang bekerjasama dengan TikTok Malaysia menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi memperhebat promosi digital bersama syarikat tempatan Johor.

SAYS.com

Pulau Rawa, Johor

Image via Wikimedia

Selain itu, laman web baharu Melawat Johor 2026 bakal dilancarkan bersama kemas kini promosi di media sosial "Mehla Johor"

Johor turut memperkenalkan beberapa tarikan baharu termasuk Muzium Tokoh, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Kampung Sungai Melayu, selain menaik taraf destinasi rekreasi serta pengalaman budaya yang menonjolkan warisan, alam semula jadi dan pelancongan berasaskan komuniti.

Sementara itu, MATTA Fair kali ini menyediakan 2,043 reruai dengan penyertaan 330 organisasi, termasuk 210 agensi pelancongan, enam Organisasi Pelancongan Kebangsaan (NTO), 11 Organisasi Pelancongan Negeri (STO), 63 hotel dan resort, sebuah syarikat penerbangan serta 11 taman tema.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran ini secara percuma dari 10 pagi hingga 9 malam sepanjang tiga hari penganjuran.

Bagi memudahkan pengunjung, perkhidmatan bas ulang-alik percuma turut disediakan dari KL Sentral dan Sunway Putra Mall ke MITEC.

Selain itu, kemudahan parkir juga disediakan di beberapa lokasi berhampiran bagi memastikan pengalaman pengunjung lebih lancar sepanjang acara berlangsung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: