John Cena Kini Bersara Dari Karier Gusti Selepas Lebih Dua Dekad Di WWE

John Cena bersara dari gusti profesional selepas 24 tahun, menamatkan kerjaya dengan 'tap out' yang emosional di Washington DC.

Enlarge text
Cover ImageCover image via John Cena (Facebook) & BBC
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

John Cena, ahli gusti paling berhias dalam sejarah WWE, telah secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu

Menerusi laporan Daily Mail, Cena menamatkan jelajah persaraan selama setahun dengan penampilan terakhirnya di acara 'Saturday Night's Main Event', disaksikan oleh lebih 19,000 penonton di Capital One Arena, Washington, DC.

Juara dunia sebanyak 17 kali itu tewas dalam perlawanan akhirnya menentang Gunther.

Beliau melakukan 'tap out' isyarat menyerah kalah buat kali keempat dalam kariernya, dan yang pertama kali dalam tempoh 21 tahun.

SAYS.com
Image via @wwe (TikTok)

Dalam perlawanan akhir yang dramatik itu, John Cena sempat mencuba pelbagai jurus ikoniknya termasuk 'Five Knuckle Shuffle' dan 'Attitude Adjustment' namun, akhirnya gagal bertahan daripada beberapa siri kuncian sleeper hold yang dilakukan oleh 'Ring General', Gunther.

Selepas berjaya mematahkan kuncian tersebut beberapa kali, Cena dilihat memandang tepat ke arah kamera, memberikan senyuman ringkas, sebelum akhirnya membuat isyarat 'tap out' (menyerah kalah).

Ini merupakan kali pertama beliau menyerah kalah dalam perlawanan sejak tahun 2004, di mana kali terakhir beliau berbuat demikian adalah ketika berhadapan dengan lagenda Kurt Angle.

Tanggalkan wristband dan kasut di atas gelanggang dan memberi tabik hormat terakhir

Selepas Gunther meninggalkan gelanggang, ahli gusti WWE yang lain bergegas masuk untuk memberikan penghormatan terakhir kepada John Cena.

Juara Dunia Heavyweight CM Punk dan Juara Undisputed WWE Cody Rhodes kedua-duanya memasuki gelanggang dan menyerahkan tali pinggang kejuaraan mereka kepada Cena untuk beliau sandang buat kali terakhir, sebagai tanda penghormatan.

Walau bagaimanapun, peminat di Washington DC menunjukkan rasa tidak puas hati. Mereka mengecam Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul 'Triple H' Levesque, sebaik sahaja beliau melangkah masuk. Levesque berhadapan dengan laungan 'bullst' dan 'You f*ed up' daripada penonton yang majoritinya menyokong Cena, yang meluahkan rasa tidak senang mereka.

Seterusnya, sebuah montaj klip kerjaya Cena mula dimainkan, menampilkan pelbagai ahli gusti yang pernah berhadapan dengannya sepanjang karier. Klip lama bekas bos WWE, Vince McMahon, turut disertakan.

Dalam detik perpisahan yang ikonik, Cena kemudian menanggalkan kasut dan gelang tangannya (sweatbands), meninggalkannya di tengah gelanggang sebelum menunduk hormat dan berjalan keluar.

SAYS.com
Image via @wwe (TikTok)

Ini adalah perlawanan persaraan kedua yang 'dirosakkan' oleh Gunther pada tahun 2025. Awal tahun ini, beliau juga pernah menewaskan Bill Goldberg dalam perlawanan terakhir Goldberg.

Kekalahan ini menutup tahun 2025 yang penuh cabaran bagi Cena di mana ahli gusti ikonik ini mengejutkan peminat dengan bertukar kepada watak jahat (heel) buat kali pertama dalam kerjayanya pada acara Elimination Chamber Mac lalu.

Beliau kemudiannya berjaya menewaskan Rhodes untuk merebut gelaran Undisputed title di WrestleMania, sekali gus memecahkan rekod sebagai ahli gusti dengan kemenangan gelaran dunia terbanyak dalam sejarah.

Rhodes kembali merampas tali pinggang tersebut di SummerSlam, dan gelaran terakhir Cena yang ke-17 datang apabila beliau menewaskan Dominik Mysterio di kampung halamannya, Boston.

SAYS.com
Image via @wwe (TikTok)

Lihat video di bawah:

@wwe

you will forever be our champion, @John Cena. 🥹🙏#SNME #WWE #JohnCena

♬ original sound – WWE
@wwe

@John Cena left it all in the ring. We can't thank you enough, John. 😮‍💨 #SNME #WWE #JohnCena

♬ original sound – WWE

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik