Johari Abdul Ghani Kini Pikul Tugas Sebagai Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam

Tahniah Datuk Johari!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini diberikan kepercayaan untuk memangku jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta

Menurut laporan Sinar Harian, pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan rasmi pada Jumaat, 11 Julai.

Beliau berkata, keputusan itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada barisan Jemaah Menteri ketika mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu, 9 Julai 2025.

SAYS.com

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Image via Sinar Harian

"Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Langkah tersebut diambil susulan peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 4 Julai lalu.

Johari Ghani, Amir Hamzah jalankan tugas hingga ada pelantikan baharu – PMX

SAYS.com
Image via The Edge Malaysia

Dalam pada itu, menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan memilih Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk menjalankan tugas serta fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, manakala Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pula sebagai Menteri Ekonomi, bukan disebabkan kerajaan ketandusan calon pengganti.

Sebaliknya, kedua-dua Menteri Perladangan dan Komoditi serta Menteri Kewangan II itu hanya menjalankan tugas portfolio berkenaan hingga pelantikan baharu dibuat.

"Sekarang, kita minta Amir Hamzah menjalankan tugas dan Johari Ghani menjalankan tugas… kemudian jalankan dengan baik, tidak payah terburu-buru. Mereka menjalankan tugas ini hingga ada pelantikan baharu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: