JKNNS Siasat Dakwaan Restoran Mamak Jual Semula Lebihan Makanan Kepada Pelanggan
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed, mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pegawainya berhubung dakwaan tersebut.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu hantaran video tular di laman Facebook telah mencetuskan rasa mual dan menggemparkan orang awam apabila memaparkan tindakan menjijikkan pekerja sebuah kedai nasi kandar di kawasan Palm Mall, Seremban
Menerusi rakaman yang dimuat naik bersama kronologi kejadian tersebut, pekerja premis berkenaan dilihat sedang mencuci sisa makanan yang dipercayai bertujuan untuk dimasak semula bagi hidangan seterusnya.
Insiden yang dianggap melanggar etika kebersihan itu dikatakan berlaku sekitar jam 12 tengah malam tadi sebelum individu yang menyaksikannya bertindak menyebarkan maklumat tersebut sebagai peringatan kepada pelanggan lain.
Berdasarkan pendedahan pengguna media sosial tersebut, cubaan pekerja restoran untuk memberikan pelbagai alasan bagi menutup tindakan mereka gagal apabila akhirnya tembelang mereka pecah sendiri.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan jalankan siasatan
Saksi kejadian menjelaskan bahawa ketika dia berada di kawasan parkir hadapan Palm Mall, dia secara tidak sengaja menyaksikan perbuatan yang sangat meragukan berlaku di bahagian belakang premis berkenaan.
"Saya berada di kawasan parkir hadapan Palm Mall, dan ternampak satu kejadian yang sangat mengejutkan di belakang sebuah kedai makan.
"Saya melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu dan ayam yang jelas lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang," katanya.
Dia menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan satu pencabulan etika yang serius dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mendatangkan ancaman kesihatan yang kritikal kepada masyarakat umum.
"Pada mulanya, rakan pekerja lain cuba mengelirukan saya dengan jawapan yang tidak jujur, namun akhirnya tersasul dan mengaku bahawa makanan itu memang akan dimasak semula dan dikatakan tidak bahaya," katanya.
Sambil menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan berbahaya, individu berkenaan menggesa tindakan tegas diambil kerana percaya ia bukan kejadian pertama.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed, mengesahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNNS) sedang menjalankan siasatan dan telah mengarahkan pegawainya ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
"Kami akan siasat, dan jika dakwaan melalui media sosial ini benar, tindakan lanjut akan diambil. Orang awam juga dinasihatkan menggunakan medium yang betul menyalurkan aduan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



