Jeruk Mangga Ada Dalam Episod Lama, Ramai Kata Upin & Ipin Dah Ramal Bisnes Aliff Syukri

Upin & Ipin dah boleh meramal.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila mendakwa dirinya kini sudah berjaya memiliki sebuah jet peribadi

Beliau memberitahu ia adalah hasil usaha keras dan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menurutnya, kejayaan itu bukan datang sekelip mata, tetapi merupakan hasil titik peluh menjual produk makanan ringan seperti jeruk mangga, yang dipasarkan secara bersama dengan anaknya sejak beberapa bulan lalu.

Baru-baru ini, usahawan sensasi itu mencuri perhatian apabila mendakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluh berniaga jeruk mangga bersama anak sulungnya itu.

SAYS.com
Image via @upinipin.official (TikTok)

Ramai yang terhibur apabila netizen mula mengaitkan kisah Datuk Aliff Syukri jual jeruk mangga dengan satu episod lama animasi popular Upin & Ipin

Menerusi video di akaun TikTok @upinipin.official, mereka telah mengimbas kembali satu babak dalam siri animasi Upin & Ipin yang memaparkan mereka menjual jeruk mangga.

Ia seolah-olah "meramalkan" momen tular tersebut lebih awal daripada yang dijangka.

Malah, ramai yang berseloroh mengatakan ramalan Upin & Ipin menjadi kenyataan kerana kini Datuk Aliff Syukri sendiri tampil menjual jeruk mangga, persis babak dalam animasi tersebut.

"Fuh macam tahu-tahu je dia jual jeruk mangga sekarang,"
kata seorang netizen.

"Idea dari Upin & Ipin ni juga dato Aliff Syukri jual jeruk mangga in real life," kata seorang lagi netizen.

"Upin & Ipin meramal masa depan omaigod adakah pencipta Upin & Ipin dan the simpsom adalah orang yang sama," tambah netizen lagi.

Lihat video itu di bawah:

@upinipin.official

Siapa kenal abang ni? Abang ni datang Kampung Durian Runtuh haritu, ramai orang bergambar dia. #TerlajakLaris #Lescopaque #MadeinMalaysia #Lescopaque #UpinIpin

♬ original sound – Upin & Ipin Official – Upin & Ipin Official

Macam itu je Upin & Ipin ramal ya 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik