Jerebu Semakin Teruk! 8 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Melaka Paling Tinggi
Alor Gajah, Melaka mencatat bacaan IPU tertinggi dengan 159.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak lapan lokasi di seluruh negara direkodkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8.20 pagi tadi
Menurut laporan Berita Harian, semakan menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kawasan Alor Gajah, Melaka mencatat bacaan IPU tertinggi dengan 159, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (158) manakala Mentakab, Pahang (156) dan Banting, Selangor (155).
Manakala, kawasan Cheras dan Johan Setia, Selangor pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 152, Putrajaya (123) dan Bukit Rambai, Melaka (103).
APIMS turut merekodkan tiga kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap baik manakala 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Gambar sekadar hiasan.
Image via NSTPLima kawasan catat IPU paling tidak sihat
Untuk rekod, sehingga jam 3 petang semalam, sebanyak lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala enam kawasan berada pada tahap baik dan 57 kawasan lagi mencatatkan kualiti udara sederhana.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar memaklumkan, antara kawasan terjejas ialah Putrajaya (139), Banting, Selangor (154), Nilai, Negeri Sembilan (162), Alor Gajah, Melaka (110) dan Johan Setia, Selangor (154).

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroMedia sebelum ini melaporkan jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata, laporan dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera.
Tambahnya, ia berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu (di Malaysia) yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 