Jepun Kini Hadkan Masa Guna Telefon Bimbit Di Bandar Hanya 2 Jam Sehari
Garis panduan baharu itu memberi amaran mengenai pendedahan skrin secara berlebihan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah bandar di tengah Jepun meluluskan satu ordinan baharu yang mengehadkan penggunaan harian telefon pintar, konsol permainan dan skrin digital lain
Menurut laporan Independent, penduduk digesa tidak melebihi dua jam penggunaan peranti di luar waktu kerja dan sekolah, sebagai langkah menggalakkan gaya hidup lebih seimbang serta sihat.
Langkah yang dipercayai pertama seumpamanya di Jepun itu akan mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via TRT WorldBeri peringatan tentang risiko pendedahan skrin secara berlebihan
Majlis Perbandaran Toyoake di wilayah Aichi menjelaskan bahawa meskipun telefon pintar dan tablet menjadi sebahagian penting dalam kehidupan moden, garis panduan baharu tersebut memberi peringatan tentang risiko pendedahan skrin secara berlebihan.
Menurut ordinan itu, penggunaan peranti digital secara berpanjangan, khususnya penstriman video, dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti tidur serta mengurangkan interaksi kekeluargaan.
Berdasarkan saranan yang digariskan, murid sekolah rendah dinasihatkan tidak menggunakan telefon pintar selepas jam 9 malam (waktu tempatan), manakala pelajar sekolah menengah rendah dan peringkat lebih tinggi pula digesa menghentikan penggunaannya sebelum jam 10 malam.
Walau bagaimanapun, ordinan ini bersifat panduan dan tidak melibatkan sebarang tindakan hukuman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 