“Jemput 12 Kawan Tapi 4 Je Datang” – Tindakan Remaja Autisme Buat Ramai Tersentuh
Alahai, sebak pula tengok muka dia.
Cover image via @elineillyn (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasrat seorang remaja lelaki berstatus mild autism untuk menjamu rakan-rakan sekelas bertukar pilu apabila hanya empat orang sahaja yang hadir ke rumahnya
Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @elineillyn, wanita itu berkongsi bagaimana anaknya, Mikaiel Muqhriz, begitu teruja membuat persiapan.
Malah, dia sanggup meminta ibunya memasak pelbagai juadah sejak dua hari lebih awal semata-mata untuk meraikan rakan-rakan yang dijemput.
Difahamkan, walaupun belajar di aliran perdana, Mikaiel sering berdepan situasi sama namun tetap memilih untuk berlapang dada.

"Anak mild autism saya minta saya masak sedap-sedap sebab nak jemput 12 orang kawan sekelas. Namun yang hadir cuma empat orang.
"Perkara seperti ini kerap berlaku, tetapi Mikaiel tetap memaafkan rakan-rakannya," tulisnya.
Lebih menyentuh hati, remaja tersebut cuba menghabiskan makanan yang disediakan walaupun dalam kuantiti yang banyak
"Dia bersungguh-sungguh menghabiskan makanan kerana takut saya marah melihat masih banyak baki," katanya lagi.
Perkongsian itu pantas meraih perhatian warga maya. Rata-rata meluahkan rasa simpati selain tersentuh dengan keikhlasan hati Mikaiel yang tetap menghargai kehadiran rakan-rakan yang datang.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang tampil menawarkan diri untuk berkawan dengannya, termasuk individu dalam spektrum autisme yang memahami situasi tersebut.

Dalam pada itu, ibunya menjelaskan bahawa Mikaiel sebenarnya tidak terlalu terkesan dengan ketidakhadiran rakan-rakannya.
"Mikaiel menghargai empat rakan yang hadir. Dia hanya berasa sedih kerana melihat ibunya menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak," jelasnya.
Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



