JDT Catat Rekod Dunia 108 Perlawanan Tanpa Kalah, Kali Terakhir Tewas April 2021

Rekod disambut selepas kemenangan besar ke atas Kelantan TRW.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mengakhiri Liga Super musim ini dengan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan

Lebih menakjubkan, kemenangan ini selepas membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 di Stadium Sultan Ibrahim semalam, sekaligus menjadi kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Super Malaysia.

Rekod tanpa kalah dilakar dengan 108 perlawanan menang tanpa kalah sejak musim 2021 dan menyamai rekod Ivory Coast, ASEC Mimosas yang telah dibuat pada tahun 1989 hingga 1994.

Menurut laporan Berita Harian, memulakan jaringan pertama seawal minit pertama dari sepakan lintang Jonathan Silva sehingga gol ke-14 dari Martin untuk memastikan kemenangan terbesar.

SAYS.com
Image via @officialjohor / Instagram

Kali terakhir Harimau Selatan kalah pada April 2021

Ini adalah kekalahan terakhir Harimau Selatan lebih 5 tahun lepas dan telah menjadi kelab paling dominan dalam Liga Super Malaysia tanpa dicabar oleh kelab-kelab lain dalam Liga Super.

Rekod perlawanan 108 ini hanya melibatkan aksi liga domestik dan tanpa mengira kejohanan bola lain seperti Piala FA, Piala Malaysia atau Asia.

SAYS.com
Image via @officialjohor / Instagram

Malah berita ini juga telah dikongsikan oleh akaun media sukan terkenal @brfootball di X.

Pencapaian ini telah meletakkan JDT sebagai salah satu kelab elit dunia yang merekodkan pencapaian dominasi dalam liga negara sendiri.

Setakat ini masih tiada kelab di dalam Malaysia yang mampu menjadi saingan kuat untuk menghentikan dominasi JDT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: