Jatuh Hati Dengan Tomyam Malaysia, Lelaki Sanggup Buka Kedai Tomyam Sendiri Di India

Wah, siap boleh buka restoran sendiri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kani Boy (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, cinta terhadap makanan boleh jadi penghubung budaya antara dua negara

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di India yang jatuh hati dengan keenakan tomyam Malaysia sehingga sanggup membuka kedai makan khas menyajikan hidangan popular itu di tanah airnya sendiri.

Cerita ini membuktikan bahawa citarasa Malaysia sememangnya tiada sempadan.

Siapa sangka, cinta terhadap makanan boleh melangkaui sempadan negara dan budaya.

SAYS.com
Image via Kani Boy (Facebook)

Buka restoran sendiri di negara asal, India

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Kani mempromosikan restorannya yang dinamakan 'Tomyam Malaysia' dan apa yang ditawarkan benar-benar buat rakyat Malaysia tersenyum bangga.

Restoran tersebut bukan sekadar menyajikan tomyam, malah turut menawarkan pelbagai hidangan tempatan popular seperti nasi lemak, nasi ayam, rojak, mi sotong, dan sate seolah-olah membawa cita rasa Malaysia terus ke India.

SAYS.com
Image via Kani Boy (Facebook)

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Kani juga menyelitkan menu dari negara Asia Tenggara lain seperti ayam penyet dari Indonesia dan tomyam gaya Thailand, menjadikan restorannya sebuah 'pusat rasa' yang meraikan kepelbagaian budaya serantau.

Suasana restorannya jelas mengingatkan kita kepada gerai tomyam di Malaysia dengan gambar makanan dan minuman bersaiz besar yang menjadi tarikan utama.

Lebih menarik, Kani turut menggunakan Bahasa Melayu pada setiap menu yang dipaparkan, menjadikan pengalaman menjamu selera di situ terasa seolah-olah berada di tanah air sendiri.

Ia bukan sahaja mengekalkan keaslian konsep, malah menunjukkan betapa mendalamnya penghargaan Kani terhadap budaya dan identiti kulinari Malaysia.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik