Jasad Arwah Zara Qairina Masih Utuh & Dalam Keadaan Baik Meskipun Sudah Lebih 3 Minggu Dikebumikan

Sebagai rekod, Allahyarhamah Zara Qairina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol pada 17 Julai lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang kuburnya digali semula semalam selepas dikebumikan pada 17 Julai lalu dikatakan masih utuh dan dalam keadaan baik

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral yang turut menyaksikan proses penggalian semula kubur dan mengeluarkan jasad arwah Zara.

Sebelum itu, viral video yang dikongsi netizen di media sosial mengatakan ibu Zara Qairina melihat jasad anaknya masih dalam keadaan baik dan utuh.

Video turut merakam Amani sebagai mengiyakan apa dikatakan oleh individu berhubung keadaan jasad Zara.

SAYS.com
Image via Harian Metro via Bernama

Ramai yang menyaksikan keadaan jasad Zara Qairina seperti dikatakan ibu Allahyarham dan beliau adalah antara yang melihatnya sendiri

"Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sepitang mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam selepas dimulakan pada 6.04 petang.

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, ketika ditemui berkata, jenazah dibawa ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan pada 9 pagi ini.

Untuk rekod, Zara Qairina yang baru berusia 13 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ini dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah tersebut.

SAYS.com

Allahyarhamah Zara Qairina

Image via Media Sosial

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Harian Metro via Bernama
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: