Jangan Terlepas Ajar Anak ‘Delayed Gratification’, Wanita Kongsi Kepentingan Kemahiran Ini
Jangan terlepas ajar kemahiran ini untuk anak.
Cover image via fereen_coen (Threads) & Gambar janaan AI (Gemini)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah ibu bapa terus memberi ganjaran buat anak kerana tidak sanggup melihat anak mereka mengamuk?
Sebenarnya ramai ibu bapa terlepas pandang mengajar perkara ini untuk anak mereka iaitu 'delayed gratification' atau gratifikasi tertangguh.
Dalam erti kata lebih mudah iaitu mengajar anak-anak untuk bersabar dan keupayaan untuk menunggu sesuatu.
Anak-anak perlu pelajar untuk menunggu dan bersabar supaya mereka lebih muda mengawal diri bila berdepan dengan godaan.
Mereka perlu faham tidak semua benda boleh dapat sekarang dan ada ada kalanya kita perlu menunggu sesuatu yang lebih berbaloi.
Kepentingan kemahiran delayed gratification

Gambar sekadar hiasan
Image via HalodocTips ini telah dikongsikan oleh fereen_coen di laman Threads.
"Ramai ibu bapa ajar anak membaca awal, tetapi terlepas satu kemahiran yang paling mahal untuk umur 3-4 tahun," katanya.
Kemampuan untuk anak sabar dan menunggu sesuatu sangat penting.
Contoh mudah:
1. Mahukan coklat sekarang > Tunggu selepas makan
2. Nak main bola > Tunggu selepas kemaskan mainan
3. Marah > Tidak terus menarik barang atau menjerit
Menurut fereen, delayed gratification sangat penting untuk melatih otak kecil anak-anak untuk mengawal dorongan (impulse control), menguruskan emosi (emotional regulation) dan membuat pilihan betul walaupun susah (executive function).
Hal ini sekaligus akan membuat bahagian otak prefrontal cortex (bahagian depan otak) lebih kuat.
Untuk pengetahuan semua prefrontal cortex adalah bahagian depan otak yang berada belakang dahi yang digunakan untuk fungsi esekutif seperti membuat keputusan, perancangan, ekspresi personaliti, kehendak hati, dan mengawal emosi.
Tips mudah ajar anak 3 hingga 4 tahun tunggu

Gambar sekadar hiasan
Image via Kyocare- Mulakan dengan tunggu sekejap seperti bermula dari 30 saat sehingga 1 minit.
- Beritahu anak apa yang mereka akan dapat selepas menunggu
- Tunjuk contoh > Ibu atau bapa menunggu bersama-sama.
- Fahamkan perasaan anak
Contoh:
"Ibu tahu kamu nak coklat sekarang. Susah nak tunggu kan? Tapi tunggu 1 minit je, lepas tu boleh makan." katanya di Threads.
Anak yang boleh menunggu bermula umur 3 hingga 4 tahun biasanya akan menjadi lebih sabar, lebih fokus, dan lebih pandai mengurus emosi.
Fereen sekali lagi mengatakan kemahiran kecil ini besar untuk masa hadapan anak-anak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



