Jangan Tarik Subsidi BUDI95 Untuk Mat Rempit, Impak Buruk Bakal Berlaku – Pakar

Difahamkan, tindakan itu bakal membawa tindak balas negatif daripada rakyat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pakar ekonomi dan undang-udang memberi peringatan supaya berhati-hati dalam menarik subsidi

Penarikan subsidi ini adalah untuk mereka yang melanggar undang-undang jalan raya atau menjadi pelumba haram.

Walaupun cadangan ini popular secara politik, menurut pakar, jika mengaitkan bantuan ekonomi dan masalah tingkah laku boleh menjejaskan dua pegangan polisi.

Jika orang-orang ini dihukum banyak kesan yang tidak diingini akan berlaku.

Hanya untuk bantuan bukan mekanisme hukuman

Dilaporkan oleh Scoop, ahli ekonomi dan konsultan Global Asia, Samirul Arif, mengatakan subsidi minyak hanya untuk bantuan kebajikan dan peralatan untuk menstabilkan harga, bukan mekanisme hukuman.

"Subsidi minyak adalah bantuan kebajikan dan alat penstablian harga, menukarkan perkara ini menjadi satu hukuman tingkah laku berisiko untuk mengabungkan dua objektif polisi yang sepatutnya diasingkan," katanya.

SAYS.com
Image via Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) / Facebook

Samirul mencadangkan supaya kesalahan trafik sepatunya diperketatkan lagi, termasuk saman lebih tinggi, mata demerit, penggantungan lesen dan perintah mahkamah mandatori untuk kesalahan berulang.

Jelas beliau lagi, bagi kesalahan trafik, kerajaan akan datang mungkin akan cuba untuk mengaitkan bantuan kebajikan dengan masalah tingkah laku yang lain. Bantuan ini sepatutnya berasaskan keperluan bukan 'pengawalan skor moral'.

Menambah integrasi data di antara platform seperti JPJ, PDRM, MyDigital ID, dan PADU untuk mengimplementasikan skor ini boleh mempunyai masalah operasi.

Bekas Ahli Parlimen Klang menyatakan sentimen yang sama

Charles Anthony Santiago mengatakan budaya 'mat rempit' adalah sebahagian dari peminggiran sosioekonomi yang melibatkan rakyat biasa seperti pekerja kilang dan pekerja gig.

Sepatutnya, daripada menghukum mereka ini, T20 atasan sepatutnya dikenakan cukai kekayaan 2% terutamanya yang jutawan.

SAYS.com

Bekas Ahli Parlimen, Charles Anthony Santiago

Image via Focus Malaysia

Satu lagi alternatif adalah untuk memberi cukai lebih tinggi kepada pemilik kenderaan mewah kerana mereka mampu untuk menyerap kos itu tanpa menjejaskan kehidupan mereka.

Daripada menarik subsidi, perkara ini sepatutnya menangani masalah punca berkaitan keselamatan jalan raya dan keadilan ekonomi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: