Jangan Politikkan Isu Bendera Terbalik di Sekolah Port Dickson – Anthony Loke
Difahamkan, siasatan sedang dilakukan bagi menentukan sama ada insiden itu berlaku secara sengaja ataupun akibat kecuaian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, menggesa agar isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson tidak dipolitikkan, sambil menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan
Menurut laporan Harian Metro, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, perkara tersebut telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan siasatan sedang dilakukan bagi menentukan sama ada insiden itu berlaku secara sengaja ataupun akibat kecuaian.
"Setiap kali apabila adanya isu seperti ini (kesilapan memasang Jalur Gemilang) sudah tentu ada orang yang cuba mempolitikkannya.
"Tapi saya rasa adanya kesilapan dan saya serahkan kepada pihak KPM yang sedang membuat siasatan, sama ada itu disengajakan atau tidak.
"Jadi tak perlulah mana-mana pihak cuba mengambil peluang untuk mempolitikkan isu-isu seperti ini," katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menekankan bahawa pengibaran Jalur Gemilang perlu dilakukan dengan penuh teliti dan hormat kerana ia merupakan simbol kedaulatan dan identiti negara
Katanya, walaupun tidak menolak kemungkinan insiden itu berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan, semua pihak wajar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
"Kita sememangnya memberi peringatan kepada semua orang apabila kita kibarkan Jalur Gemilang, kibarkan secara betul dan hormat, mesti ada sensitiviti.
"Tapi kadangkala ada kesilapan-kesilapan yang mungkin tidak disengajakan dan kita serahkan kepada KPM untuk menjalankan siasatan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 