Jangan Pakai Earphone Ketika Tidur, Ini 5 Kesan Buruk Menurut Doktor ENT
Hati-hati jangan terlalu kerap pakai earphone untuk dibawa tidur.
Cover image via @hijraa_baturakit / Tiktok & Gambar janaan AI.Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penggunaan pakai earphone ketika tidur telah menjadi trend yang sangat lama
Tetapi ramai sebenarnya tidak sedar kerap memakai earphone (fon telinga) ketika tidur sebenarnya mempunyai kesan buruk pada telinga.
Tiga hari lepas tular satu video perkongsian seorang doktor ENT (Telinga, Hidung & Tekak) menunjukkan seorang remaja lelaki sedang dirawat telinganya di Klinik Hijraa Batu Rakit di Kuala Terengganu.
Doktor itu berpesan supaya orang ramai tidak memakai earphone untuk dibawa tidur.
Ini antara keburukan kerap memakai earphone setiap kali hendak tidur
1. Sel pendengaran rosak kekal

Gambar sekadar hiasan.
Image via FreepikBunyi yang masuk tanpa henti boleh mencederakan telinga dalam dan sukar dirawat jika rosak.
Kerosakan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang menurun atau kehilangan pendengaran secara kekal.
2. Telinga berdengung tidak berhenti

Gambar sekadar hiasan.
Image via FreepikIndividu akan mula mendengar telinga mereka berdengung tanpa henti sekaligus menyebabkan ketidakselesaan jika dibiarkan berlarutan.
Bunyi ini juga akan mengganggu kehidupan seharian seperti tidur dan aktiviti-aktiviti lain.
3. Risiko jangkitan telinga

Earphone adalah antara barangan elektronik yang sangat jarang dibersihkan oleh pengguna.
Jika dibersihkan pun kerana mempunyai kekotoran yang dilihat sahaja.
Earphone dipakai dengan kerap akan mempunyai bakteria yang boleh merebak dan menyebabkan jangkitan atau keradangan.
Anda boleh mencuci bahagian earbuds atau earphones dengan menggunakan berus gigi untuk debu-debuan, putik kapas dan mikrofiber dengan swab alkohol bagi membunuh bakteria dan membersihkan lagi bahagian-bahagian earphone.
4. Tahi telinga terkumpul dan tersumbat

Memakai earphone ketika tidur sebenarnya boleh menolak kotoran ke dalam saluran telinga.
Telinga kita sebenarnya mempunyai mekanisme untuk mencuci sendiri dimana telinga akan mengeluarkan wax untuk mengumpul debu, kotoran dan akhirnya akan terjatuh tanpa kita sedar.
Jika terlalu banyak kotoran telinga kita akan tersumbat.
5. Rehat terganggu dan otak tidak cukup berehat

Bunyi yang berterusan melalui telinga kita boleh mengganggu otak untuk rehat sepenuhnya dan mengabitkan keletihan apabila kita bangun dari tidur kelak.
Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati untuk membuka earphone sebelum tidur atau tidak menggunakan earphone dan terus menggunakan pembesar suara telefon sahaja tanpa tahap kekuatan yang kurang.
Tonton video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



