“Jangan Letak Senduk Atas Periuk” – Individu Tunjuk Cicak Jamah Nasi Depan Mata

Geli tengok!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka tabiat kecil di dapur boleh undang masalah besar?

Walaupun kita rasa rumah kita sudah cukup bersih dan terjaga, hakikatnya masih ada ruang tersembunyi seperti celahan almari, bawah katil, atau di sebalik perabot yang menjadi 'port' kegemaran serangga untuk bersembunyi.

Kadang-kadang kita langsung tak perasan kewujudannya sehinggalah ternampak kesan kotoran atau haiwan kecil itu keluar mencari makanan.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan seekor cicak dengan selamba 'menjamah' nasi yang berada dalam periuk.

SAYS.com
Image via @fadhli_farhi_daie (TikTok)Image via

Tunjuk cara cicak makan nasi

Menerusi satu video di TikTok @fadhli_farhi_daie, kelihatan seorang individu berkongsi situasi yang ramai mungkin tak sedar dan bahaya apabila kita meletakkan senduk nasi terus di atas periuk.

Tindakan nampak remeh itu sebenarnya boleh mengundang serangga atau haiwan kecil datang menghampiri.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan seekor cicak terus menjilat sisa nasi yang melekat pada senduk berkenaan.

Perkongsian itu nyata mengejutkan ramai netizen yang tidak menyangka perkara sebegitu boleh berlaku.

Malah, ada yang mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menjaga kebersihan peralatan dapur mereka.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik