Jamal Yunos Berjaya Jual Selipar & Tuala Untuk Bayar Hutang RM66,000 Kepada Teresa Kok
Sebelah selipar dan tuala yang digunakan ketika demonstrasi berjaya dilelong.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah berjaya melelong sebelah selipar serta tuala miliknya
Dilapokan oleh Berita Harian, Jamal Yunos berjaya menjual dua barang tersebut untuk melunaskan baki kos penghakimam tertunggak berjumlah RM66,061.85 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Barang yang telah dijual adalah sebelah selipar dan tuala yang digunakan dalam demonstrasi semasa Selangor berdepan masalah air ketika era Datuk Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
"Alhamdulillah hari ini, dua barang itu sudah berjaya dilelong dan dibida sebanyak RM66,000." kata beliau.
Lelongan selipar dan tuala diteruskan untuk bayar kepada Teresa Kok
Beliau memberitahu, lelongan selipar dan tuala itu mempunyai dua pembida termasuk seorang individu dari Negeri Sembilan yang membeli tuala tersebut.
Tuala tersebut telah dimenangi oleh seorang ahli perniagaan bernama A Jaikumar.
Jaikumar menganggap tuala tersebut sebagai simbol kepada keberanian Jamal dalam menyuarakan isu rakyat.

Manakala seorang lagi adalah pembida dari Sabah yang membeli sebelah selipar dengan harga RM33,000.
Selipar berkenaan telah dimenangi oleh seorang ahli perniagaan, Leon Ho Man Hou, dari CNS Hardware.
Menurut beliau, bayaran itu dijangka diperolehi dalam waktu terdekat dan pihaknya akan menyerahkan wang tersebut kepada Teresa.
Tambahan beliau lagi, individu yang membeli selipar tersebut dikatakan membingkaikan selipar berkenaan dan dihantar ke pejabat Teresa Kok dalam waktu terdekat.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama dua individu yang berjaya membeli tuala dan selipar.
Image via Malaysia Gazette / Muhaimin Marwan"Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Teresa Kok dan saya harap dengan duit sebanyak RM66,000 itu, beliau akan memulakan usaha kecil-kecilan menternak babi di rumahnya menjadi kenyataan," katanya.
Pada 28 Januari lepas, Teresa telah menyerahkan notis sitaan serta memecahkan tombol dan kunci pintu dapur kediaman Jamal di Ampang.
Bayaran RM66 ribu itu membabitkan kos guaman yang tidak dilunaskan Jamal berhubung kes saman fitnah pada tahun 2017 yang mendakwa Teresa menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Perkongsian mengenai penjualan ini telah diumumkan di laman rasmi Facebook dan TikTok Datuk Seri Jamal Md Yunos.
@jamal_yunos hari ini saya berjaya melelong sebelah selipar dan sehelai tuala yg pernah saya gunakan dlm isu air dihadapan bangunan suk Selangor satu ketika dahulu sebanyak rm66k. hasil lelongan ini akan di bayar kpd Teresa Kok. saya mencadangkan kpd beliau agar duit tersebut boleh digunakan utk memulakan usha kecilan penternakan babi di halaman rumah beliau.. itu pun jika rumah teresa kok tidak berada di dlm negeri Selangor.
♬ original sound – jamal_yunos
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 