Jam Richard Mille Bernilai RM3 Juta Milik Ahmad Sahroni Dipulangkan Perusuh Selepas Dicuri
Rumah Sahroni diserbu sekumpulan individu ketika insiden rusuhan baru-baru ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jam tangan mewah Richard Mille milik anggota DPR RI, Ahmad Sahroni, yang hilang ketika rusuhan di kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara sudah dipulangkan pada Ahad, 31 Ogos
Menurut laporan mStar, barangan bernilai sekitar Rp11.7 bilion (anggaran RM3 juta) itu diserahkan oleh ibu bapa suspek kepada wakil Sahroni.
Ketua Persatuan Kampung Kebon Bawang, Sugeng, berkata pemulangan dibuat selepas keluarga suspek membuat laporan kepada kejiranan. Beliau turut menjadi saksi proses penyerahan di pejabat kampung.

Namun, Sugeng mengatakan dia tidak pasti jika ada barangan lain milik Sahroni yang hilang turut dipulangkan.
Rumah Sahroni diserbu sekumpulan individu ketika insiden rusuhan baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku selepas kenyataan Sahroni mengenai isu elaun DPR mencetuskan kemarahan orang ramai.
Keluarkan kenyataan kontroversi mengenai pembubaran DPR

Malah, dalam satu lawatan kerja pada 22 Ogos lalu, beliau menyifatkan desakan membubarkan DPR sebagai tindakan tidak masuk akal.
Sahroni turut menggelar mereka yang mendesak pembubaran DPR sebagai "orang paling bodoh di dunia".
Kenyataan itu mencetuskan reaksi negatif dan dikaitkan sebagai punca serangan terhadap kediamannya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



