Jalan Raya Semakin ‘Jammed’, Trafik Kini Cecah 3.2 Juta Kenderaan Hari Ini
Trafik dijangka akan berterusan sesak sehingga Aidilfitri ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aliran traik di lebuh raya utama seluruh negara kini semakin sesak
Perjalanan yang sesak ini susulan ramai orang pulang ke kampung sempena Aidilfitri dengan jumlah kenderaan yang dianggar mencecah 3.2 juta kenderaan hari ini.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ahmad Kamil Abdul Halim mengatakan, anggaran akan menjadi lebih tinggi berbanding semalam dengan rekod sebanyak 3.07 juta kenderaan.
Berpunca dari trafik puncak sebelum perayaan Aidilfitri
Trafik yang tinggi ini terjadi atas beberapa faktor seperti perayaan Aidilfitri, diskaun tol yang akan tamat malam ini dan orang ramai yang mengambil peluang selepas cuti tambahan yang diumumkan kerajaan.
"Setakat pagi ini, aliran trafik keluar dari Lembah Klang melalui plaza tol utama masih lagi lancar, namun peningkatan mula dikesan terutama menuju ke Pantai Timur.
"Trend peningkatan trafik paling ketara dikesan di Plaza Tol Gombak, susulan pergerakan kenderaan menuju ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan seterusnya ke Pantai Timur," katanya.

Menurut beliau, bagi laluan Lebuhraya Utara-Selatan, lokasi yang menghadapi kesesakan adalah Slim River ke Tapah, Gua Tempurung ke Simpang Pulai, Ipoh Selatan ke Ipoh Utara, Terowong Menora, Juru ke Perai dan beberapa lagi lokasi lain.

Bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan di Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi, Lentang ke Bentong dan Bentong ke Plaza Tol Karak.
Di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), kesesakan di Sri Jaya ke Gambang akibat kemalangan dan bagi LPT2 kesesakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka ke Bukit Besi serta di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu.

Pemantauan di Pusat Pengurusan Trafik (TMC) menunjukkan trafik bergerak seperti yang dijangkakan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan memastikan baki kad Touch 'n Go atau e-Wallet RFID mencukupi.
Jika mengantuk atau keletihan, lebih baik untuk berhenti berehat di kawasan rehat dan rawat atau hentian sebelah bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 