“Jalan Raya Malaysia Lagi Bersih Dari Highway California” – Ramai Netizen AS Terkejut
Lagi bersih dari jalan raya California
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai rakyat Malaysia kita selalu mendengar keluhan keadaan jalan raya yang mempunyai pelbagai masalah dan tidak diselenggara
Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS) DonalTrump telah tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara.
Ini adalah lawatan pertama Presiden AS setelah lebih sedekad ke Malaysia.
Beliau juga tampil memberikan ucapn ketika Majlist Menandatangani Perjanjian Damai Kemboja-Thailand bersama-sama acara Sidang Kemuncak ASEAN-AS di KLCC.
Lain pula perhatian yang Malaysia dapat dari rakyat Amerika Syarikat
Satu video konvoi rombongan Presiden Trump menerusi lebuh raya telah dikongsikan.
Video 13 saat tersebut memaparkan kereta hitam rombongan Trump yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan.
Ramai netizen Amerika Syarikat memuji lebuh raya di Malaysia dan membandingkannya dengan jalan raya di negara mereka.
"Jalan raya mereka lebih bersih daripada jalan raya di California," ujar Lynn di X.
"Tengok tu tiada bonggol, tiada khemah, tiada api, tiada sampah berterabur, tiada grafiti"
"Lebuh raya itu lebih bersih daripada sebahagian lebuh rayadan jalan utama di Charlotte. Tapi, semua orang masih menyangka Malaysia masih negara dunia ketiga"
Margo Martin juga ada mengongsikan video sambutan mesra Malaysia ketika ketibaan pemimpin itu semalam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 