JAIS Umum Larang Sambut Hari Guru Peringkat Sekolah & Daerah, Elak Terbeban Kos Untuk Ibu Bapa

JAIS akan pertimbangkan Sambutan Hari Guru dibuat semula jika keadaan ekonomi kembali kepada asal.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan larangan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah daerah

Larangan ini hanya untuk institusi di bawah JAIS bagi mengelakkan ibu bapa dari terbeban dengan kos penyediaan hadiah untuk guru.

Kenyataan ini telah dibuat JAIS di laman rasmi Facebook mereka semalam.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, beliau mengatakan keputusan ini diambil susulan wujud kesan terhadap ibu bapa atau penjaga yang menjadi tradisi menyediakan hadiah kepada guru atas permintaan anak-anak.

SAYS.com
Image via Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi / Facebook

JAIS melihat perkara ini perlu dihentikan kerana beri kesan kewangan

Menurut JAIS, perkara ini memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga terutama dalam keadaan ekonomi semasa ini.

"JAIS akan mempertimbangkan untuk Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala.

"Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan sambutan itu juga akan dinilai semula termasuk tempoh masa sambutan agar tidak mengganggu proses pembelajaran serta tentatif yang lebih ringkas dan selaras untuk semua sekolah di bawah seliaan JAIS,"
katanya.

Pada 7 Mei lalu, JAIS telah menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran jabatan itu untuk tidak mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah atau daerah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BERNAMA

Mengulas lanjut, JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor tetap menghargai jasa guru serta pengorbanan guru dalam mendidik pelajar.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tetap akan diadakan pada 12 Mei ini dengan pengiktirafan tokong guru serta sekolah cemerlang.

"Majlis itu melibatkan peruntukan melebihi RM200,000 daripada MAIS dan kerajaan negeri dalam bentuk wang tunai serta geran kepada penerima yang dipilih," jelas beliau.

Walau bagaimanapun, netizen mempunyai pendapat berbeza dengan kenyataan dibuat

Beberapa orang tampil tidak bersetuju dengan majlis yang bakal dianjurkan kerana telah memakan kos RM200 ribu.

Ada beberapa netizen yang mengatakan ibu bapa sebenarnya tidak terlalu terkesan kerana tidak semestinya perlu membeli hadiah buat guru-guru. Pelbagai lagi cara lain untuk memberi 'hadiah' kepada guru.

Sebahagian yang berpendapat majoritinya hanya membeli barangan murah terutamanya dari Eco Shop, DIY, membuat hadiah kraf sendiri dan sebagainya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ecentral

Pelajar juga ada yang membuat persembahan untuk menghargai guru, melakukan aktiviti sukantara yang menggunakan kelengkapan sukan yang telah ada di sekolah dan pelbagai lagi acara lain.

JAIS mengatakan mereka akan mempertimbangkan Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah setelah keadaan ekonomi kembali seperti sedia kala.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: