JAHEAIK Sahkan Ada Lelaki Didakwa Di Kelantan Atas Kesalahan Tukar Jantina Buat Pertama Kali

Sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan seorang individu telah menjadi yang pertama didakwa di Mahkamah Syariah Kota Bharu bulan lalu atas kesalahan menukar jantina

Memetik laporan Harian Metro, individu berusia lingkungan 30-an yang dikenal pasti sebagai maknyah itu didakwa pada pertengahan bulan lalu selepas JAHEAIK menjalankan beberapa operasi melibatkan kumpulan transgender.

Sumber JAHEAIK memaklumkan bahawa pendakwaan terhadap individu yang berasal dari Kelantan itu membabitkan kesalahan mengubah jantina di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, yang mula dikuatkuasakan selepas diwartakan pada tahun 2020.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Sabit esalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya

Pendakwaan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang melibatkan kesalahan berkaitan pengubahan jantina sama ada melibatkan diri sendiri atau pihak lain.

Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000, penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Buat masa ini, kes masih di peringkat pengurusan dan tertuduh yang diwakili peguam telah mengaku tidak bersalah semasa pendakwaan dilakukan, dengan sebutan semula kes dijadualkan pada November akan datang.

Dalam pada itu, EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, menjelaskan bahawa beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai kes ini secara terbuka.

"Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka.

"Dalam hal ini saya kena jaga semua pihak yang sedang diambil tindakan," katanya.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: