Isu Waris Pelajar Jatuh Dari Tiga Tingkat Lambat Dimaklumkan, KPM Jawab Demi Keselamatan Mangsa
Difahamkan, pelajar tersebut masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh.
Cover image via Astro AwaniFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) membela tindakan pihak sekolah di Sabak Bernam, Selangor yang dihantar ke hospital terlebih dahulu sebelum warisnya dihubungi
Satu sidang media khas telah dibuat susulan kemalangan yang menimpa pelajar lelaki, 15, di sebuah sekolah di Selangor awal pagi hari ini.
Pelajar tersebut telah dijumpai tidak sedarkan diri akibat terjatuh dari bangunan asrama tiga tingkat di sekolah itu.
Menurut Dr Mohd Azam Ahmad (Ketua Pengarah Pendidikan), pihak pengurusan sekolah memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar tingkatan tiga itu terlebih dahulu.
Ketika mangsa dijumpai, keadaan ketika itu adalah sangat cemas dan usaha menyelamatkan mangsa menjadi keutamaan.

"Ya, bapa dimaklumkan selepas pelajar dibawa hospital. Kita kena faham dalam keadaan kecemasan, kita berikan tumpuan pada keselamatan pelajar dulu." – Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad
Jelas Dr Mohd Azam, beliau percaya tindakan yang diambil oleh guru pada masa itu adalah tepat dengan membawa pelajar ke hospital dahulu dan kemudiannya baru memberitahu waris.
"Jadi mungkin itu yang berlaku ya, mungkin (bagi) satu pihak, itu adalah satu kelewatan tapi pada satu pihak (lain) itu adalah satu kebijaksanaan. Fokus utama," katanya.
Tambahan lanjut, tindakan pengurusan sekolah itu juga selari dengan garis panduan Sekolah Selamat KPM.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), lampu bilik asrama diarah tutup pada pukul 10 malam dan tiada aktiviti yang boleh dibuat selepas masa itu kecuali dianjurkan oleh sekolah itu sendiri.
Difahamkan, pelajar itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB).
Sebagai wakil kepada KPM, Dr Mohd Azam menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang berlaku ke atas pelajar berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



