Isu Stapler Pada Tepung Pelita Kembali Dipersoal, Individu Selar Peniaga Masih Guna Pada Bungkusan

Ramai pengguna turut menyuarakan kebimbangan yang sama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ryujeee_ (Threads) & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan stapler pada bungkusan tepung pelita sering menjadi persoalan dalam kalangan orang ramai kerana ia berpotensi menjejaskan keselamatan makanan

Walaupun kaedah tersebut dilihat memudahkan peniaga menutup daun pembungkus, ramai berpendapat ia boleh menyebabkan risiko kecederaan sekiranya dawai stapler tertanggal atau tertelan tanpa disedari.

Malah, isu ini juga sering dibangkitkan di media sosial dengan ramai pengguna mengingatkan peniaga supaya lebih peka terhadap kaedah pembungkusan makanan tradisional itu.

Ramai beranggapan masih terdapat peniaga yang tidak mengambil serius aspek keselamatan walaupun perkara tersebut pernah ditegur oleh pihak berkuasa kesihatan.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Minta peniaga hentikan sepenuhnya penggunaan stapler pada tepung pelita

Baru-baru ini, seorang pengguna di platform Threads berkongsi isu sama selepas mendapati masih ada peniaga yang menggunakan stapler pada daun tepung pelita.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai kerana beliau meluahkan kebimbangan terhadap risiko yang mungkin berlaku kepada pengguna.

"Sumpah aku tak faham kenapa peniaga masih guna stapler untuk tepung pelita. Kau nak bunuh orang ke? KKM dah keluarkan notis tapi buat bodo je," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya tidak membeli kuih tersebut, sebaliknya hanya mengambil gambar ketika menghadiri majlis potluck berbuka puasa bersama keluarga.

"For those yang cakap kenapa beli la apa la, FYI I tak beli. It was a family potluck for buka puasa and I just took a photo of it. Second, tolong la jangan jadi enabler tepung pelita pakai stapler. If everyone continue to stay quiet, the sellers will keep doing it," jelasnya.

Tambahnya, masih ramai orang yang tidak peka terhadap perkara itu dan menganggap penggunaan stapler pada tepung pelita sebagai sesuatu yang normal.

"Kadang-kadang orang tak peka benda ni dan ingat tepung pelita pakai stapler tu normal, pastu dia pun makan. Kalau apa-apa jadi kat dia macam mana? Hence I'm creating this post. If you nak makan stapler tu, you go ahead," tulisnya lagi.

Malah, dalam hantaran yang sama, ramai pengguna lain turut menyuarakan kebimbangan serupa mengenai isu tersebut.

SAYS.com
Image via @ryujeee_ (Threads)

Untuk makluman, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM), khususnya subperaturan 36(1), pengendali makanan yang menyediakan, membungkus atau menghidangkan makanan untuk dijual perlu memastikan proses tersebut bebas daripada sebarang pencemaran.

Selain itu, pembungkus makanan juga perlu menyediakan perlindungan yang mencukupi bagi meminimumkan pencemaran dan mengelakkan kerosakan makanan.

Bahan pembungkus yang digunakan juga mestilah tidak toksik, cukup kuat untuk menahan koyak atau bocor serta tidak menjejaskan keselamatan makanan ketika penyimpanan dan penggunaan.

Pengendali makanan yang gagal mematuhi peraturan ini dan disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Sehubungan itu, orang ramai berharap peniaga lebih peka terhadap aspek keselamatan makanan dan menggunakan kaedah pembungkusan yang lebih selamat bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna.

SAYS.com
Image via Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik