Isu Saman JPJ, PDRM Tertunggak Tiada Kaitan Dengan Kelayakan BUDI95 – Anthony Loke
Difahamkan, saman tertunggak tidak menjejaskan kelayakan BUDI95.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menafikan individu yang mempunyai saman tertunggak akan hilang kelayakan subsidi petrol BUDI95
Baru-baru ini tular beberapa petikan yang telah dikongsikan oleh banyak laman berita dan media sosial mengenai individu akan kehilangan subsidi petrol jika mempunyai saman tertunggak.
Menurut laporan dari Berita Harian, Anthony Loke menekankan kedua-dua perkara berkenaan tidak mempunyai kaitan langung secara automatik.

"MOT ingin memberi penjelasan bahawa saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah dua mekanisme yang berbeza serta beroperasi secara berasingan." katanya.
Kedua-dua ini bukan perkara yang sama dan tidak mempunyai kaitan
Mneurut Loke, berdasarkan dasar ketika ini, kelayakan subsidi petrol BUDI95 disahkan sebagai warganegara Malaysia melalui MyKad dan memiliki lesen memandu yang aktif.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Image via New Straits Times"Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen masih dalam tempoh sah atau tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun," tambah beliau lagi.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 